Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Sunday 25 March 2012

Pedulikah KITA???

Syria Berdarah Pedulikah Kita???..isu yang sedang segar di bangkitkan oleh mahasiswa/i USIM atas kesedaran mereka untuk membantu rakyat syria dan palestin yang memerlukan pertolongan daripada seluruh umat islam, semoga usaha mereka dapat meringankan beban yang dipikul, Amin.


Namun,adakah mahasiswa sedar akan isu yang berlaku di kampus anda baru-baru ini???

pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar MPP USIM 2011/2012 diganti oleh Jawatankuasa Peralihan perwakilan pelajar JPPP???pedulikah kita??? 


15 Mac 2012,Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) digemparkan dengan serta merta pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar Bagi sesi 2011/2012 tanpa ada notis 24jam oleh urusetia pemilihan MPP. Ini di kuatkan lagi dengan makluman terus oleh mantan YDP USIM katanya “ secara automatiknya Majlis Perwakilan Pelajar Usim dibubarkan setelah tamat tempoh khidmat setahun. Pilihanraya kampus bakal diadakan pd September nanti. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Peralihan Perwakilan Pelajar (JPPP) yang akan dipengerusikan oleh Saudara Izat Hafizullah bermula hari ini (18 mac 2012) sehingga notis PRK bulan September dinaikkan. “ keratan maya oleh saudara Ibrahim Hussin Ibrahim Hussin Mantan YDP Majlis Perwakilan Pelajar Usim.

  
 

Kesedaran mahasiswa/i berkenaan dengan hal ini wajar menjadi tanda tanya dimanakah letaknya etika dan nilai moral MPP USIM yang mana tidak menghormati mahasiswa USIM yang lain dalam hal sebegini. Adakah ia hanya propaganda dari pihak HEP untuk memanipulasikan isu-isu yang berbangkit atau sekadar melihat MPP sebagai wadah yang bukan di nilai dari sudut profesional. 

Jawatan peralihan yang di gembar gemburkan ini adakah memberi impak yang besar pada mahasiswa sedangkan MPP yang rasmi tidak dapat menjalankan kerja sebagai wakil mahasiswa dengan baik… sementara ini menjadi tanda Tanya samada ianya berbaur agenda atau secara rasmi di bubarkan.  

Isunya perlukah adanya jawatan kuasa peralihan untuk mengantikan MPP kepada JPPP???

 


Pada pandangan mata kasar NILAI USIM ia dibuat secara tidak dirancang dengan teliti kerana melihat kepada organisasinya sahaja seumpama TANGKAP MUAT yang sama macam “upload photo dalam Handphone” perkara ini perlu dijelaskan agar mahasiswa tidak menerima sesuatu dengan cara paksa dan bukan dengan cara berhikmah.



So, korg boleh fikirkan samada penting ke tak JPPP ni....sekian.






No comments:

Post a Comment