Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Friday 5 October 2012

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT USIM


Assalamualaikum. 

Adalah dimaklumkan permohonan bantuan zakat usim telah di buka sekarang. Bagi mereka yang layak dan berminat, sila muat turun borang permohonan di laman web Bahagian Hal Ehwal Pelajar  disini.


Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 oktober 2012 (rabu) sebelum jam 5.00 petang.

ps: nanti sebarkan kepada kawan kawan yang lain taw :-)

Wednesday 26 September 2012

KEPUTUSAN PENUH PILIHAN RAYA KAMPUS

 1. UiTM 50/50 menang


 2. UniMAP 31/31 menang


 3. UTHM 25/27 menang


 4. UniSZA 24/24 menang


 5. UTeM 28/28 menang


 6. UKM 10/28 kalah


 7. UPM 39/47 menang


 8. UTM 48/54 menang


 9. UUM 34/36 menang


 10. UNIMAS 13/13 menang


 11. UMS 36/38 menang


 12. UPSI 24/29 menang


 13. USIM 24/24 menang


 14. UMT 18/20 menang


 15. UMP 22/24 menang


 16. UMK 10/14 menang


 17. UPNM 14/14 menang


 18. UM 21/41 (2 re-elect) menang


 19. USM 37/44 (1 re-elect) menang


 20. UIAM (semua 31 re-elect)
  


Sumber : PISAU.NET

Tuesday 25 September 2012

KEPUTUSAN PRK USIM 2012/2013

Assalamualaikum dan Salam Hormat kepada semua,

Alhamdulillah, PRK USIM 2012 telah tamat secara rasmi pada jam 5 petang (Kampus Nilai) dan 4 petang (Kampus Pandan). Sebanyak 15 buah universiti daripada 20 buah universiti melangsungkan PRK secara serentak pada hari ini, termasuklah Universiti Sains Islam Malaysia. PRK setiap tahun dilihat sebagai satu proses amat penting di kampus2 terutama IPTA dan menjadi fokus nasional. Ini kerana PRK adalah satu proses untuk mencari tampuk pemerintahan yang baru bagi mewakili mahasiswa bersuara di dalam kampus.

Alhamdulillah, PRK di USIM berlangsung dengan aman dan tenang seperti pada tahun2 sebelum ini. Ini menunjukkan mahasiswa USIM adalah pelajar yang sangat mementingkan keamanan dan kedamaian, mereka bertindak professional sebagai seorang yang berintelek, dan admin sangat berbangga dengan pelajar USIM.

Disini admin sertakan peratusan kemenangan bagi calon umum


NO
NAMA CALON
BILANGAN UNDI
1
MOHD SHABRAN SYAHMI TAKHTA
2391
2
MUHAMMAD SAFWAN BIN HAMDY

4294
3
MUHAMMAD NAZMIN MOHD YUSOFF

5748
4
MOHAMAD RAZIF MOHAMAD FUAD

6214
5
SAWARI MAHAMAD

4725
6
MUHAMMAD SUHAIMI RAZALI

4869
7
ADAM FARIZ BIN MOHD ZAINI

5672
8
NADRAHRUL HUDA BINTI MISRAL

6019
9
MOHD SHUKRI ABDUL RAHIM PUI

5360
10
MUHAMAD AMIR HAMZAH JAMAL
3604
11
SHARIFAH NURFATIN SYED JAMAL

3312


peratusan mengundi bagi setiap fakulti



FAKULTI
BIL MENGUNDI
BIL TIDAK MENGUNDI
PERATUSAN MENGUNDI
1
FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH
 1323
 143
 90.25%
2
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG UNDANG
 1021
 237
 81.16%
3
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
 1055
 145
 87.92%
4
FAKULTI EKONOMI MUAMALAT
 1091
 247
 81.54%
5
FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA
 576
 81
 87.67%
6
FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
 991
 275
 78.28%
7
FAKULTI PERGIGIAN
 134
 0
 100%
8
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
 342
 10
 97.16%
 

Manakala peratusan keseluruhan bagi pelajar yang keluar mengundi adalah 85.16 %
 undian keseluruhan adalah 52264
Statistik undi sah bagi kawasan umum adalah  52208
Statistik undi rosak bagi kawasan umum adalah 56
Apa pun admin ucapkan tahniah kepada semua calon yang berjaya : )


Monday 24 September 2012

EKSLUSIF: SISTEM E-UNDI PRK USIM BERMASALAH?!

Assalamualaikum, Admin mendapat khabar mengenai Sistem e-Undi USIM hari ini yg dikatakan dipertikaikan oleh beberapa pihak mengenai kebolehpercayaan sistem tersebut. Jadi admin cuba mendapatkan maklumat mengenai sistem e-undi ini.


Ok, first mari kita tengok gambar ini yang diambil dari blog usimkini. Sini



Ok, dah lihatkan?
Agak agak apa yang ada difikiran anda sekarang?

Menurut sumber yang dipercayai, hanya orang-orang tertentu sahaja yang dibenarkan memasuki bilik penyelenggaraan sistem e-undi dan tempat2 persiapan sistem tersebut.

Kemusykilan admin : Bagaimana pihak usim kini berjaya memperolehi gambar sulit yang menunjukkan gerak kerja petugas di pusat teknologi maklumat dalam menyelenggara sistem e-undi PRK USIM 2012/2013??? Adakah admin usimkini mempunyai akses ke dalam tempat tersebut atau adminnya adalah dikalangan mereka2 yg melaksanakan dan menyediakan sistem tersebut?? Jika sistem tersebut boleh dimanipulasikan, admin menjangkakan hanya orang2 yg mempunyai akses ke tempat2 seperti itu sahaja dapat memanipulasikan sistem tersebut.

Tambahnya lagi, berkenaan simulasi e-undi yang dijalankan setiap kali menjelang PRK yg dikatakan membolehkan pelajar2 baru mengetahui cara2 pengundian adalah tidak benar. Ini kerana simulasi e-undi dibuat untuk menguji system tersebut untuk memastikan ianya tidak mempunyai sebarang masalah menjelang hari kejadian. Admin turut dimaklumkan bahawa simulasi e-undi pernah dibuat pada bulan Mac yang lalu. Jadi kenapa mesti admin blog tersebut mengatakan pelajar tahun 1 dan 2 tidak pernah mengetahui system tersebut? Dimana maklumat yg diperolehinya yg mengatakan pelajar tahun 1 dan 2 tidak pernah membuat simulasi e-undi tersebut?!

Bagi admin, admin blog tersebut cuba untuk memburuk2kan pihak2 tertentu atau ingin menimbulkan keraguan dan isu dikalangan pelajar USIM ini dengan berniat yg tidak baik (mungkin). Tepuk dada tanya selera dan jangan lupa untuk turun mengundi. ;)

Sunday 23 September 2012

TERKINI!!!! TATACARA PENGUNDIAN PRK USIM

Assalamualaikum dan salam hormat.

Malam ni admin dapat maklumat Tatatcara Pengundian. So kepada semua pelajar2 USIM, tolong sharekan kepada semua yer :). Mentelaah la video ni malam ni. takde simulasi pn ada video ok jugak kan ;)

Klik: sumber

HANGAT!!!! LAGI GAMBAR KEMPEN PRK USIM

Salam. Ini gambar2 yang admin sempat ambil di kawasan sekitar fakulti fakulti di dalam kampus. Nampak macam dah semakin meriah kampus USIM kita,hehehe....





Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP)




Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP)








 




Fakulti Sains dan Teknologi (FST)











Fakulti Sains dan Teknologi (FST)






Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS)





Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS)
 




Fakulti Syariah dan Undang Undang (FSU)





Fakulti Syariah dan Undang Undang (FSU)

Saturday 22 September 2012

POSTER PRK USIM MULA DIGANTUNG

Pagi ni admin sempat ke kampus untuk perbincangan bersama kumpulan berkenaan tutorial. Agak terkejut admin melihat kampus mula dipenuhi dengan poster2 PRK untuk mereka2 yang bertanding. Walaupun malam tadi tidak kelihatan poster2 ini, tetapi pagi ini telah kelihatan posternya dan admin menjangkakan bahawa poster2 ini telah ditampal pada waktu malam tadi. Admin dapat merasakan betapa penat mereka2 yang mengantungkan poster2 ini. Apa pun, calon2 dan wakil calon yang bertanding patut mengucapkan terima kasih kepada mereka2 ini atas usaha dan bantuan mereka menaikkan poster2 tersebut.

Ini antara gambar yang admin ambil. Ini pun pakai kamera telefon sahaja, hehe...

                                           siap ada gambar kereta polis (SUKSIS) lagi







Ini gambar yang admin ambil di kawasan Pusat Keusahawanan Siswa (PKP). Admin akan cuba dapatkan gambar di kawasan2 lain selepas perbincangan kumpulan ;)

p/s:jangan kita melabelkan orang malas dan tidak buat kerja jika kita pun tidak membantu dan merasai apa yang mereka rasa. Bercakap lebih mudah berbanding membuat kerja. Peace, no war!!!