Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Monday, 24 September 2012

EKSLUSIF: SISTEM E-UNDI PRK USIM BERMASALAH?!

Assalamualaikum, Admin mendapat khabar mengenai Sistem e-Undi USIM hari ini yg dikatakan dipertikaikan oleh beberapa pihak mengenai kebolehpercayaan sistem tersebut. Jadi admin cuba mendapatkan maklumat mengenai sistem e-undi ini.


Ok, first mari kita tengok gambar ini yang diambil dari blog usimkini. Sini



Ok, dah lihatkan?
Agak agak apa yang ada difikiran anda sekarang?

Menurut sumber yang dipercayai, hanya orang-orang tertentu sahaja yang dibenarkan memasuki bilik penyelenggaraan sistem e-undi dan tempat2 persiapan sistem tersebut.

Kemusykilan admin : Bagaimana pihak usim kini berjaya memperolehi gambar sulit yang menunjukkan gerak kerja petugas di pusat teknologi maklumat dalam menyelenggara sistem e-undi PRK USIM 2012/2013??? Adakah admin usimkini mempunyai akses ke dalam tempat tersebut atau adminnya adalah dikalangan mereka2 yg melaksanakan dan menyediakan sistem tersebut?? Jika sistem tersebut boleh dimanipulasikan, admin menjangkakan hanya orang2 yg mempunyai akses ke tempat2 seperti itu sahaja dapat memanipulasikan sistem tersebut.

Tambahnya lagi, berkenaan simulasi e-undi yang dijalankan setiap kali menjelang PRK yg dikatakan membolehkan pelajar2 baru mengetahui cara2 pengundian adalah tidak benar. Ini kerana simulasi e-undi dibuat untuk menguji system tersebut untuk memastikan ianya tidak mempunyai sebarang masalah menjelang hari kejadian. Admin turut dimaklumkan bahawa simulasi e-undi pernah dibuat pada bulan Mac yang lalu. Jadi kenapa mesti admin blog tersebut mengatakan pelajar tahun 1 dan 2 tidak pernah mengetahui system tersebut? Dimana maklumat yg diperolehinya yg mengatakan pelajar tahun 1 dan 2 tidak pernah membuat simulasi e-undi tersebut?!

Bagi admin, admin blog tersebut cuba untuk memburuk2kan pihak2 tertentu atau ingin menimbulkan keraguan dan isu dikalangan pelajar USIM ini dengan berniat yg tidak baik (mungkin). Tepuk dada tanya selera dan jangan lupa untuk turun mengundi. ;)

3 comments:

  1. Boleh saya betulkan sikit laporan di atas,

    Sumber anda tidak boleh dipercayai kerana memberikan maklumat yg salah. Gambar tersebut tidak sulit. Tiada password atau code sistem yg didedahkan. Kami cuba telus di dalam pelaksanaan eUndi ini bagi memastikan kebolehpercayaan kepada sistem. Malahan sebenarnya calon atau wakil calon dibenarkan memasuki bilik persediaan tersebut dengan kebenaran daripada pegawai bertugas. Untuk makluman juga, ada audit ICT dilakukan kepada data sebelum dan selepas proses pengundian dilakukan bagi memastikan data benar-benar boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  2. Ini adalah sumber asal gambar di atas:

    http://www.facebook.com/ptmusim

    Jadi perkataan 'Eksklusif' pada tajuk di atas tu tidaklah betul sebenarnya. Laman FB PTM yg empunya esklusif gambar tersebut. Nasihat saya, jangan quote atas quote. Tersasar dari makna asal jadinya.

    ReplyDelete
  3. BTW, cantik betul gambar banner blog anda ni.

    ReplyDelete