Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Thursday 6 September 2012

1, 908 PELAJAR BAHARU SARJANA MUDA MENDAFTAR DI USIM


NILAI – Seramai 1,908 pelajar Ijazah Sarjana Muda mendaftar secara rasmi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada hari pendaftaran universiti pada 1 september baru-baru ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 555 orang ialah pelajar lelaki manakala 1,353 orang lagi merupakan  pelajar wanita yang mengikuti pengajian di lapan fakulti pengajian di USIM.

Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda berkata, pendaftaran pada hari Sabtu yang lalu telah berjalan dengan lancar dan pihak universiti merasa amat bangga kerana pada tahun ini universiti sekali lagi berjaya memperbaiki sistem pendaftaran universiti yang hanya mengambil masa selama 6 minit bagi seseorang pelajar.

“Saya juga mendapat maklumbalas yang sangat positif dari para ibu bapa yang mengatakan inilah yang seharusnya dilaksanakan oleh sebuah universiti, apatah lagi bagi sebuah universiti Islam yang mana kita seharusnya mementingkan kecekapan dan keberkesanan di dalam apa juga kerja yang kita laksanankan terutamanya di dalam sistem pentadbiran”

“Pada tahun ini juga USIM turut menerima bilangan pelajar teramai iaitu seramai 1,908 orang iaitu mencatat nisbah pendaftaran sebanyak 84.8% dan merupakan nisbah penerimaan yang paling tinggi sejak penubuhannya” beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan pada Majlis Bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti sempena Hari Taaruf Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2012/2013 USIM di Stadium Tertutup Nilai, semalam.

Beliau turut menambah, pertambahan bilangan pelajar ini membuktikan kepercayaan ibu-bapa dan juga para pelajar terhadap sistem pendidikan USIM.

Sejarah turut terukir pada sesi pendaftaran kali ini apabila USIM menerima pelajar sulung seramai 28 orang bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan kepujian.

No comments:

Post a Comment