Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Thursday 20 September 2012

TERKINI!!!DIJANGKA HANYA 30 ORANG CALON AKAN BERTANDING MPP 2012


assalamualaikum dan salam perpaduan


Proses pendaftaran calon MPP USIM pada hari ini telah selesai pada jam 4.00 petang tadi. Admin sempat ke Bangunan Hal Ehwal Pelajar untuk mendapatkan maklumat berkenaan bilangan calon yang telah berdaftar untuk bertanding. 

Menurut salah seorang petugas HEP, seramai 5 orang calon tambahan telah mendaftar diri pada hari ini dengan 2 orang calon adalah dari fakulti Pergigian, Kampus Cawangan Pandan Indah dan 3 orang calon lain dari Kampus Nilai. Ini menjadikan semua sekali calon yang mendaftar adalah seramai 30 orang. 

Pecahan calon ayng telah mendaftar adalah :

Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan - 2 orang
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah - 2 orang
Fakulti Pengajian Bahasa Utama - 3 orang
Fakulti Syariah dan Undang-undang - 3 orang
Fakulti Sains dan Teknologi - 3 orang
Fakulti Ekonomi dan Muamalat - 2 orang 
Fakulti Pergigian - 2 orang 
dan 
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan - 2 orang

Manakala bagi calon kerusi umum seramai 11 orang yang telah mendaftar sebagai calon. Berdasarkan statistik ini, hanya 3 fakulti dijangka bertanding dan 5 fakulti tiada pertandingan jika kesemua calon yang mendaftar menghantar borang semasa penamaan pada esok hari. Penamaan dijangka dibuka seawal jam 9.00 pagi dan tamat jam 3.00 petang. 

Admin akan cuba mendapatkan maklumat calon yang sah bertanding secara terperinci esok. Manakala pada sebelah malam esok, akan diadakan sesi pengenalan calon yang akan diadakan di Kolej Kediaman 1 pada jam 845 malam. Adalah diharapkan para pelajar USIM agar dapat turun beramai-ramai untuk mendengar manifesto serta melihat sendiri kebolehan para calon MPP pada tahun ini.

p/s:jom ramai2 kita turun memeriahkan Malam Pengenalan Calon esok malam.... :)

No comments:

Post a Comment