Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Wednesday 19 September 2012

Hanya 25 orang mendaftar calon MPP USIM (19 Sept)

Pendaftaran calon MPP USIM bermula hari ini. Waktu pendaftaran dibuka seawal jam 9 pagi dan ditutup tepat jam 4 petang. Hasil pemantauan admin semasa pendaftaran calon pada waktu pagi dan  petang, kelihatan ramai bakal2 calon bersama pencadang dan penyokong mereka yang sedang mendaftarkan menunggu dan berbincang sesama mereka.


                                 Beberapa orang pelajar sedang menunggu dan melihat notis

                                         Bakal calon sedang memasuki tempat pendaftaran

                                                            Selesai pendaftaran

Menurut seorang kakitangan HEP, En. Mohd Hazrul Fareeza Harun, setelah sesi pendaftaran pada hari ini ditutup pada jam 4 petang tadi, seramai 25 orang calon telah mendaftar untuk bertanding dengan pecahan 16 orang calon bertanding di peringkat Fakulti dan 9 orang calon bertanding di peringkat umum.  Namun begitu, menurut beliau lagi, bilangan ini mungkin akan bertambah disebabkan pendaftaran calon masih lagi dibuka esok (20 Sept) dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang, sungguh pun begitu, pendaftaran hari ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Beliau juga menyatakan bilangan pelajar yang mendaftar sebagai calon ini belum tentu menjadi calon MPP jika tidak menghantar borang pendaftaran pada hari penamaan calon yang dijadualkan diadakan pada hari Jumaat (21 Sept) ini. Admin akan cuba mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai PRK USIM 2012 ini.

p/s: tak sabar untuk memilih MPP untuk tahun ini. :)

No comments:

Post a Comment