Pendaftaran calon MPP USIM bermula hari ini. Waktu pendaftaran dibuka seawal jam 9 pagi dan ditutup tepat jam 4 petang. Hasil pemantauan admin semasa pendaftaran calon pada waktu pagi dan petang, kelihatan ramai bakal2 calon bersama pencadang dan penyokong mereka yang sedang mendaftarkan menunggu dan berbincang sesama mereka.
Beberapa orang pelajar sedang menunggu dan melihat notis
Bakal calon sedang memasuki tempat pendaftaran
Selesai pendaftaran
Menurut seorang kakitangan HEP, En. Mohd Hazrul Fareeza Harun, setelah sesi pendaftaran pada hari ini ditutup pada jam 4 petang tadi, seramai 25 orang calon telah mendaftar untuk bertanding dengan pecahan 16 orang calon bertanding di peringkat Fakulti dan 9 orang calon bertanding di peringkat umum. Namun begitu, menurut beliau lagi, bilangan ini mungkin akan bertambah disebabkan pendaftaran calon masih lagi dibuka esok (20 Sept) dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang, sungguh pun begitu, pendaftaran hari ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Beliau juga menyatakan bilangan pelajar yang mendaftar sebagai calon ini belum tentu menjadi calon MPP jika tidak menghantar borang pendaftaran pada hari penamaan calon yang dijadualkan diadakan pada hari Jumaat (21 Sept) ini. Admin akan cuba mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai PRK USIM 2012 ini.
p/s: tak sabar untuk memilih MPP untuk tahun ini. :)
Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman
Showing posts with label Demonstrasi. Show all posts
Showing posts with label Demonstrasi. Show all posts
Wednesday, 19 September 2012
Hanya 25 orang mendaftar calon MPP USIM (19 Sept)
Labels:
2012,
aspirasi,
calon,
Demonstrasi,
Kampus,
Kebajikan,
MAHASISWA,
MPP,
MUET,
Pilihanraya,
Politik,
PRK,
Pro-A,
Pro-M,
Publisiti.,
USIM,
usimkini
Tuesday, 18 September 2012
CIPTA Semarak Semangat Patriotik
NILAI
– “Gempak” begitulah suasana yang dapat digambarkan di Festival Cipta
Lagu Patriotik 2012 (CIPTA) hasil kolaborasi Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM) bersama Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Dewan
Majlis Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM)
yang bertempat di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada 15
September yang lalu.
Festival yang bertemakan “Ke Puncak 1
Malaysia” adalah program tahunan berjiwa Malaysia sejak tahun 2008 mampu
mengetengahkan bakat mahasiswa dan penghuni penjara dalam menghasilkan
lirik dan lagu patriotik disamping menyemarakkan lagi rasa cintakan
negara.
Sebanyak Lapan lagu patriotik telah
dipertandingkan di festival CIPTA pada kali ini dengan membariskan
finalis dari mahasiswa Unit Kebudayaan Pelajar (UKP) USIM dan warga
penjara serta diiringi pemuzik dari Orkestra DBKL.
Lirik Mohd Noor Mohd Sharif dengan
gandingan komposer Aizatul Ain Ismail dan Alaudin Yahaya dinobatkan
sebagai juara dan berjaya membawa pulang RM3000 beserta piala iringan
menerusi lagu “Mencarimu Malaysia” yang dinyanyikan oleh Norshahril
Sabaruddin, pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM.
Tempat kedua dengan hadiah wang tunai
RM2000 dan piala iringan dimenangi oleh lagu Bunga Raya hasil nukilan
Muhamad Fauzi Ali dan komposer Wan Aminuddin Wan Ismail yang dinyanyikan
sendiri oleh beliau. Manakala tempat ketiga dirangkul oleh lagu gubahan
Mohamad Hafiz Bidi dan karya Syahrul Hisyam Hanafiah dengan lagu
Pejuang Negara oleh pasangan duet Muhammad Syahir Hazmi Ismail dan Mohd
Nurhakimi Mad Yaman dengan hadiah wang tunai sebanyak RM1000 serta
piala iringan.
Festival CIPTA pada kali ini berjaya
mencapai objektifnya yang ingin menyemarakkan aktiviti pembangunan
sahsiah dan melahirkan warga al-Abrar dikalangan mahasiswa USIM sendiri.
“Pada pendapat saya CIPTA merupakan
program yang baik khususnya pada golongan muda yang mana berjaya
melahirkan lagu dan irama kreatif berbentuk patriotik,” kata Ramlan Imam
selaku ketua juri.
Menurut beliau lagi, program seperti ini
mampu menarik minat orang muda khususnya mahasiswa dalam menyemarakkan
lagi semangat patriotik dalam diri mereka.
Festival gilang gemilang itu turut
dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengajian
Tinggi, YBhg. Datuk Haji Omar Abdul Rahman, dan Ketua Pengarah Penjara
Malaysia, KJP Datuk Wira Zulkifli Omar. Turut hadir sama Naib Canselor
USIM, Profesor Dato Dr. Muhamad Muda,
Majlis pada malam itu turut dimeriahkan
dengan kemunculan artis terkenal tanah air seperti Hazama, Siso dan Ally
Iskandar sebagai pengacara. Ally yang bergandingan bersama mahasiswi
USIM, saudari Nurnadhirah Mohd Azkah yang meraih anugerah Pelakon
Pembantu Wanita Terbaik di Festival MAKUM 2012 baru-baru ini turut
berjaya mencuit hati para penonton yang memenuhi stadium pada malam itu.
Oleh:
Eb. Syazwani Sazali dan Eb. Ku Norasyikin Ku Ahmad
Oleh:
Eb. Syazwani Sazali dan Eb. Ku Norasyikin Ku Ahmad
Sumber: Sini
Labels:
aspirasi,
CIPTA,
Demonstrasi,
Festival,
JPPP,
MAHASISWA,
MPP,
MUET,
Politik,
PRK,
Pro-A,
Pro-M,
Publisiti.,
USIM,
usimkini
Friday, 14 September 2012
KONTROVERSI: USIMKINI DAN KESAHIHAN MAKLUMAT
Admin rasa baru je lagi blog yang pernah admin postkan entry Usimkini yang pernah menimbulkan kekecohan suatu masa dulu di USIM dengan berita dan maklumat yang tidak dapat disahkan sumber beliau.
Kali ni blog sama masih menimbulkan kontroversi lagi dengan menggunakan nama orang yang tidak pernah ditemuramah dalam entry beliau.
"Menurut seorang bekas ahli jentera HEP yang hanya mahu dikenali sebagai Bari, pertemuan tertutup sebegitu merupakan rutin biasa yang dilakukan oleh pihak HEP di semua kampus bertujuan sebagai program penerangan tentang aspirasi kepimpinan pelajar dan dianggap proses 'saringan' awal untuk bakal-bakal calon."
Lihat sendiri kesahihan daripada pemunya badan yang jelas kecewa dengan kaedah Usimkini.
Menggunakan nama saya dalam berita anda mengecewakan saya. Tiada perbualan atau seumpamanya antara saya dengan krew UsimKini mengenai Pilihan Raya Kampus.Slogan "Telus, Berani dan Benar" sekadar omongan kosong. Harap pihak UsimKini mengambil berat akan berita yang disampaikan dan bertepatan dengan slogan anda." ibnurani
Apa pun, hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku. Semoga admin blog tersebut dapat memberikan kita semua maklumat yang benar seperti slogannya, "Telus, Berani dan BENAR" supaya tidak timbul fitnah dan memburuk2kan orang yang tidak sepatutnya.
Sumber: Sini
Labels:
2012,
aspirasi,
Demonstrasi,
isu,
JPPP,
Kebajikan,
kontoversi,
MAHASISWA,
maklumat,
masalah,
MPP,
Pilihanraya,
Politik,
PRK,
Pro-A,
Pro-M,
USIM,
usimkini
JOM JUMPA NC
Salam semua...hari ni admin ada sikit pengumuman..harap maklumat ini dapat disebarkan dalam kalangan mahasiswa usim.
Admin harap orang yang suka mempertikaikan dan mempersoalkan isu2 di dalam USIM boleh la turun ramai-ramai yer..... :)
jom jumpa NC
banyak benda boleh kong-c
Labels:
2012,
aspirasi,
Demonstrasi,
Kebajikan,
MAHASISWA,
MPP,
MUET,
Pilihanraya,
Politik,
PRK,
Pro-A,
Pro-M,
USIM,
usimkini
Thursday, 13 September 2012
MB Negeri Sembilan Menasihati Siswa/i USIM
SEREMBAN 11 Sept. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu semua mahasiswa di negeri ini cekal dalam menimba ilmu, tidak bersikap hipokrit dan mementingkan diri sendiri.
Kata beliau, asas menjadi cemerlang adalah ilmu dan sebab itu mahasiswa perlu mencari sebanyak mungkin ilmu bukan sahaja berkaitan duniawi tetapi akhirat.
"Belajar betul-betul, kerana sekarang ini ramai orang yang berpelajaran tetapi tiada ilmu. Jadi dalam masa kita belajar, kita cari juga ilmu untuk kehidupan," katanya di Nilai, dekat sini baru-baru ini.
Mohamad berkata demikian pada majlis penyampaian ucapan amanat dan menerima lafaz aku janji pelajar baru sarjana muda sempena Hari Taaruf Sesi Akademik 2012/2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Stadium Tertutup Nilai.
Tambah Mohamad, kejayaan bukan milik seorang tetapi milik semua dan atas hakikat itu setiap pelajar hendaklah bersama-sama membina keyakinan mencapai kecemerlangan.
"Kita mesti ada keyakinan diri dan hendaklah berada pada tahap yang tinggi kerana ini akan membantu untuk berjaya. Jangan berasa rendah diri atau terlalu mudah mengaku kalah.
"Biarlah kita dari kampung sekali pun, kejayaan tetap bersama kita," tegas Mohamad.
Katanya, menjadi hasrat beliau melihat generasi yang akan mengurus tadbir negeri dan negara kelak mempunyai jati diri yang kuat, ilmu yang baik dan bermanfaat kepada masyarakat.
"Kita tidak mahu pengganti kelak yang ada ilmu merosakkan masyarakat, agama, bangsa dan negara. Janganlah kita belot dan merosakkan tangan yang memberi kita makan.
"Jangan berpecah, jaga bangsa, agama dan tanah air ini supaya ia kekal aman dan sejahtera," kata Mohamad.
Pada sesi akademik 2012/2013 ini seramai 1,908 mahasiswa baru mendaftar mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan di USIM.
Sumber

PTPTN,
USIM,
usimkini,
Yb Nilai
TARIKH PRK USIM 2012 TELAH TERJAWAB
Setelah ramai orang dan juga blog2 hangat memperkatakan mengenai Pilihanraya Kampus atau dikenali sebagai PRK. Baru tengahari tadi admin postkan entry berkenaan Notis Semakan Daftar Pemilih Pemilihan MPP USIM 2012 ni admin terpaksa post kan lagi sekali entry berkenaan PRK ini.
Mungkin sebab ramai sgt kot blog2 dan juga laman2 sosial yg suka menghangatkan isu ini lalu admin turut berminat untuk terus bercakap mengenai PRK ini. Ini antara notis terbaru yang admin sempat tengok n ambil gambar masa admin ada urusan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Sumber
Notis ini pun dalam dwi bahasa juga.
Notis Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar USIM 2012
sila klik atas gambar untuk lebih jelas
Admin tau mesti ramai juga yang tak dapat tengok sgt gambar yang telah dipostkan ini. So, ini adalah summary apa yang dinyatakan di dalam notis tersebut:

19 dan 20.9.2012 - Pendaftaran Calon
Masa :9.00 Pagi - 4.00 Petang
Tempat :Bilik Mesyuarat Persatuan/Kelab Pelajar, HEP (Kampus Nilai)
Bilik Unit Teknologi Makluman, ARas 9 (Kampus Pandan)
21.9.2012 - Penamaan Calon
Masa :9.00 Pagi - 3.00 Petang
Tempat :Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2 , HEP (Kawasan Umum)
Bilik Mesyuarat Persatuan/Kelab Pelajar, Aras 1, HEP (Kawasan Fakulti)
25.9.2012 - Pengundian
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang (Kampus Nilai)
8.00 Pagi - 4.00 Petang (Kampus Pandan)
So itu je summary yg admin mampu taipkan semula. dan admin pun rasa hanya itu shj yg penting kot. So teka teki bila PRK USIM dah pun terjawab. SAYONARA......
Wednesday, 12 September 2012
NOTIS SEMAKAN DAFTAR PEMILIH PEMILIHAN MPP USIM 2012
Assalamualaikum W.B.T dan selamat Tengahari kepada semua.
Notis makluman semakan daftar pemilih pemilihan MPP USIM 2012 telah dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal pelajar USIM. Kat sini admin post sedikit gambar yang admin ambil di papan notis fakulti masa balik kelas tadi.
yang ada dwi bahasa lagi. kalau ada jugak yang tak paham, memang masalah la. yang ni lagi clear sikit lagi kot.
tapi masa makan kejap tadi sempat juga admin search kat dalam laman e-student, dan seperti dijangka, memang notis makluman semakan daftar pemilih pemilihan MPP 2012 telah diuload ke laman e-student tu.
sumber.
p/s:admin rasa teka teki dah hampir terjawab kot walaupun masih menjadi teka teki tarikh PRK USIM ni, hehehe

exam,
JPPP,
MAHASISWA,
merdeka,
MPP,
peperiksaan,
Pilihanraya,
PRK,
Publisiti.,
USIM,
usimkini,
Yb Nilai
Penyerahan KADS1M kepada pelajar USIM 14 September 2012
Assalamualaikum W.B.T.
Ramai kwn2 admin dk bertanya bkenaan KADS1M yg mana telah dilancarkan oleh TPM Malaysia, kalau xsilap admin pertengahan tahun ini. Ada yg dk bertanya apa keistimewaan kad ni,dan macamana kad ni berfungsi. So mlm td admin pn buat la sedikit reasearch apa kebenda KADS1M nih.
Ni antara bnde yg admin dapat dari internet pasal benda alah tu.

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
- mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas).
- pengajian sepenuh masa.
- warganegara Malaysia.
Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.
kalau kwn2 nk maklumat lanjut, sila klik sini dan boleh tengok maklumat2 kat dalam tu.
Cuma kat USIM ni admin dgr penyerahan kad secara rasmi akan dilakukan pada 14 September 2012 kat DKU FPQS. itu apa yg admin dgr n dapat dari laman web USIM. sumber
p/s: admin bersyukur dapat kemudahan ni dan akan guna kemudahan yg dah disediakan sebaik mungkin. sape yg xsuka kerajaan n kata kerajaan ni zalim dan sebagainya tu, jgn pula buat muka x malu nk guna kemudahan2 ni semua :p
Labels:
2012,
Dataran,
Demonstrasi,
JPPP,
Kampus,
Kebajikan,
MAHASISWA,
merdeka,
MPP,
PTPTN,
USIM,
Yb Nilai
Sunday, 15 April 2012
Ke mana pegangan Akidah mereka ini??!
Assalamualaikum W.B.T. Dan salam petang Ahad.
Seharian ML menilik blog2 dan juga fb rakan2 ML. Rata2 status rakan ML berkait dgn demostrasi di Dataran Merdeka semalam. Ikhlas dalam hati ML kecewa dgn rakan2 mahasiswa yg turun bersama2 menyokong perjuangan memansuhkan PTPTN semalam. Kecewa kerana rata2 mereka ini adalah mahasiswa yg sebangsa dgn ML iaitu melayu dan Islam. Yg perempuannya cantik,bertudung litup, lihat http://malaysiabangkit.blogspot.com/2012/04/panas-siswa-siswi-pembakang-kantoi-di.html
Tapi yg ML kecewa sgt2 apabila mereka2 ini telah mengkalungkan bunga kepada gmbr Perdana Menteri kita. Tidakkah kawan2 kita ini maklum bahawa itu adalah budaya dan adat agama hindu??? Dan yg pastinya DS Najib masih lg hidup kenapa begitu yg dibuat?? ML rasa mesti kwn2 mahasiswa yg berada disana,yg lbh Islamik dan bijak pandai tahu apa hukumnya kita mendoakan kematian saudara seIslam kita. Pesan ML pd kwn2, jgn gadaikan akidah dan agama demi untuk kepentingan diri,individu dan juga politik.
Allah itu maha Adil,jika kita xsuka dgn pemerintah kita yg ada skrg,tukar shj dlm pilihanraya akan dtg. Itu adlh lbh baik dan sopan berbanding terpekik terlolong di atas jalanraya. Yg muslimin dgn gayanya,dan yg muslimah dgn aksinya. ML tgk yg muslimah ini dah tidak macam muslimah dgn kata2 kesat dan suara yg terlalak2.
Ziyad bin Kusaib al-'Adawi berkata, saya bersama Abi Bakrah radhiyallahu 'anhu di bawah mimbar Ibn 'Amir yang saat itu sedang memberi khutbah. Dia memakai pakaian yang sangat nipis. Lalu Abu Bilal berkata: "Lihatlah pemimpin kami itu, dia memakai pakaian orang fasiq!" Abi Bakrah menjawab: Diamlah kamu! Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa yang menghina pemimpin Allah di bumi maka Allah akan menghinanya (di Hari Akhirat)." [Riwayat At-Tirmidzi, dinilai shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Sunan at-Tirmidzi, no. 2224]
ML: mahasiswa berani buat,mahasiswa berani lah tanggung. Jgn nanti bila tindakan tatatertib dibuat, universiti dan kerajaan juga yg disalahkan.

Friday, 13 April 2012
14 April 2012?!
Selamat Pagi kepada semua.
Hari ni,14 April 2012 dan seperti semua pembaca sedia maklum, negara Malaysia tercinta ini bakal bergelut dengan krisis demonstrasi lagi. Awal2 pagi nanti, jalanan akan dipenuhi dengan "sampah2" yang mengelarkan diri mereka Mahasiswa dan mewakili semua Mahasiswa di negara ini, yang kononnya bijak pandai,tapi diperkudakan oleh pihak2 tertentu. Pagi nanti akan diadakan satu perhimpunan menyokong MANSUH PTPTN di Dataran Merdeka yg mana perhimpunan ini mungkin akan melihat sekuat mana sokongan Mahasiswa(yg disangka bijak pandai sebelum ini), turun dan menyokong pihak pembangkang ini.
Sangat menyedihkan kita semua sbg Mahasiswa,kerana sebilangan kecil mereka ini terus menerus membawa nama semua Mahasiswa menyebabkan kita sbg Mahasiswa yg tidak pernah mewakilkan mereka turut terpalit dgn agenda politik mereka. Banyak lagi perkara lebih berfaedah Mahasiswa boleh dan perlu lakukan drpd turn menyokong benda2 begini. Nasihat kami, kpd semua Mahasiswa yg cintakan keamanan, cintakan tanah air dan cintakan agama, berfikirlah secara waras dan matang. Tiada guna menjadi kuda tunggangan ahli politik pembangkang itu semua. Sedarlah yg kita ini hanyalah Hamba yg diamanahkan oleh-Nya untuk menuntut ilmu dan menyebarluaskan ilmu itu,bkn menggunakan ilmu ke arah keburukan.
"Say No To Street Rally!!!"

Subscribe to:
Posts (Atom)