Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman
Showing posts with label Yb Nilai. Show all posts
Showing posts with label Yb Nilai. Show all posts

Thursday, 13 September 2012

MB Negeri Sembilan Menasihati Siswa/i USIM

SEREMBAN 11 Sept. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu semua mahasiswa di negeri ini cekal dalam menimba ilmu, tidak bersikap hipokrit dan mementingkan diri sendiri.

Kata beliau, asas menjadi cemerlang adalah ilmu dan sebab itu mahasiswa perlu mencari sebanyak mungkin ilmu bukan sahaja berkaitan duniawi tetapi akhirat.

"Belajar betul-betul, kerana sekarang ini ramai orang yang berpelajaran tetapi tiada ilmu. Jadi dalam masa kita belajar, kita cari juga ilmu untuk kehidupan," katanya di Nilai, dekat sini baru-baru ini.
Mohamad berkata demikian pada majlis penyampaian ucapan amanat dan menerima lafaz aku janji pelajar baru sarjana muda sempena Hari Taaruf Sesi Akademik 2012/2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Stadium Tertutup Nilai.

Tambah Mohamad, kejayaan bukan milik seorang tetapi milik semua dan atas hakikat itu setiap pelajar hendaklah bersama-sama membina keyakinan mencapai kecemerlangan.
"Kita mesti ada keyakinan diri dan hendaklah berada pada tahap yang tinggi kerana ini akan membantu untuk berjaya. Jangan berasa rendah diri atau terlalu mudah mengaku kalah.

"Biarlah kita dari kampung sekali pun, kejayaan tetap bersama kita," tegas Mohamad.
Katanya, menjadi hasrat beliau melihat generasi yang akan mengurus tadbir negeri dan negara kelak mempunyai jati diri yang kuat, ilmu yang baik dan bermanfaat kepada masyarakat.
"Kita tidak mahu pengganti kelak yang ada ilmu merosakkan masyarakat, agama, bangsa dan negara. Janganlah kita belot dan merosakkan tangan yang memberi kita makan.

"Jangan berpecah, jaga bangsa, agama dan tanah air ini supaya ia kekal aman dan sejahtera," kata Mohamad.
Pada sesi akademik 2012/2013 ini seramai 1,908 mahasiswa baru mendaftar mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan di USIM.

Sumber


Wednesday, 12 September 2012

NOTIS SEMAKAN DAFTAR PEMILIH PEMILIHAN MPP USIM 2012

Assalamualaikum W.B.T dan selamat Tengahari kepada semua.

Notis makluman semakan daftar pemilih pemilihan MPP USIM 2012 telah dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal pelajar USIM. Kat sini admin post sedikit gambar yang admin ambil di papan notis fakulti masa balik kelas tadi.




yang ada dwi bahasa lagi. kalau ada jugak yang tak paham, memang masalah la. yang ni lagi clear sikit lagi kot.

tapi masa makan kejap tadi sempat juga admin search kat dalam laman e-student, dan seperti dijangka, memang notis makluman semakan daftar pemilih pemilihan MPP 2012 telah diuload ke laman e-student tu.
sumber.

p/s:admin rasa teka teki dah hampir terjawab kot walaupun masih menjadi teka teki tarikh PRK USIM ni, hehehe

Penyerahan KADS1M kepada pelajar USIM 14 September 2012

Assalamualaikum W.B.T.

Ramai kwn2 admin dk bertanya bkenaan KADS1M yg mana telah dilancarkan oleh TPM Malaysia, kalau xsilap admin pertengahan tahun ini. Ada yg dk bertanya apa keistimewaan kad ni,dan macamana kad ni berfungsi. So mlm td admin pn buat la sedikit reasearch apa kebenda KADS1M nih.

Ni antara bnde yg admin dapat dari internet pasal benda alah tu.


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
- mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas).
- pengajian sepenuh masa.
- warganegara Malaysia.
Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.

kalau kwn2 nk maklumat lanjut, sila klik sini dan boleh tengok maklumat2 kat dalam tu.

Cuma kat USIM ni admin dgr penyerahan kad secara rasmi akan dilakukan pada 14 September 2012 kat DKU FPQS. itu apa yg admin dgr n dapat dari laman web USIM. sumber

p/s: admin bersyukur dapat kemudahan ni dan akan guna kemudahan yg dah disediakan sebaik mungkin. sape yg xsuka kerajaan n kata kerajaan ni zalim dan sebagainya tu, jgn pula buat muka x malu nk guna kemudahan2 ni semua :p

Monday, 11 June 2012

EKSLUSIF!!!! YB kawasan Nilai turun Padang...!? Selesaikan Isu Jalan Maut!!!

Asssalamualaikum W.B.T dan salam 1Malaysia. Tengah ML lepak-lepak ni, ML didatangi seorang hamba Allah yakni kawan ML sendiri dan menunjukkan 1 video yang dibuat oleh mahasiswa USIM. Lama ML meneliti dan melihat video tersebut. Ingatkan ada satu je, tapi rupanya banyak lagi video yang membincangkan isu yang sama dibuat oleh insan yang sama. 





ML memuji kawan ML ini yang rajin dan cuba menyelesaikan isu siswa/i adik-adik beliau yang sedang belajar di USIM. Video yang ML maksudkan adalah video yang membincangkan tentang isu 'jalan maut ke USIM'...seram jugak ML mendengar tajuk video itu. Alhamdulillah dan terima kasih ML ucapkan pada siswa tersebut sebab sudi "turun padang" menyelesaikan masalah-maasalah siswa/i usim walaupun sekarang ini musim peperiksaan akhir sedang berjalan tapi siswa ini sudi meluangkan masa menerangkan 'jalan maut' tersebut.

Yang ML lagi kagum dengan siswa ini, beliau nampaknya menghasilkan video ini secara berseorangan tanpa bantuan kawan2 siswa/i yang lain. Sekali lagi ML ucapkan syabas dan tahniah dengan video2 yang dihasilkan oleh beliau, tapi dalam pada masa yang sama, ML melihat yang siswa ini macam syok sendiri dlm menyampaikan mesej beliau kepada pihak berwajib. Kenapa?! Sebab tiada satu pun fakta atau seumpamanya dinyatakan dalam video ini. Semua nampak macam beliau merencanakan video ini tanpa menyelidiknya terlebih dahulu. 

Sudahnya, ML tengok benda ini macam tiada sebarang faedah.....tolongla selidik dulu sesuatu isu sebelum nak dikeluarkan sebagai satu benda yang nampak ingin menyelesaikan masalah tapi sebenarnya menambahkan masalah..... Jangan cuba ingin menjadi YB yang sukakan publisiti murahan, tapi jadilah seorang siswa yang memberi bantuan kepada semua.