Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Tuesday 18 September 2012

KONTROVERSI!! Hari Naib Canselor tiada sambutan?!

                                                           Pengurusan Universiti

Hari Naib Canselor bertemu mahasiswa/i USIM dilihat tidak mendapat sambutan daripada kalangan pelajar USIM. Admin sempat ke majlis berkenaan selepas tamat kelas jam 9 malam tadi dan melihat dewan yang agak kosong.

Admin agak sedih juga melihat perkara seperti ini kerana banyak isu yang selalu diperkatakan di kalangan pelajar pada masa ini namun  usaha pihak Universiti dilihat tidak mendapat sambutan pelajar. Admin melihat para pelajar USIM ini hanya suka bercakap secara senyap atau dibelakang dan tidak berani untuk tampil ke hadapan untuk menyelesaikan isu2 tersebut.

Hasil dari pertemuan dengan NC tadi, Admin ingin berkongsi soalan yang sempat dicatat oleh Admin antaranya  isu MUET, isu penginapan untuk pelajar yang sudah berkhawin, isu percampuran jantina di kolej kediaman dan juga isu pengkomersilan produk ciptaan pelajar.

ISU MUET
Soalan: adakah Senat Universiti bersedia menimbang semula keputusan penetapan pencapaian Tahap 3 MUET untuk tujuan pengijazahan tahun ini?

Jawapan: Senat bersetuju memberi kelonggaran kepada pencapaian Tahap 2 MUET pada tahun ini dan tidak semestinya diteruskan pada masa akan datang.

ISU PENGINAPAN 
Soalan: Adakah USIM akan menyediakan penginapan untuk pelajar yang telah berkhawin?

Jawapan: Akan disediakan sejumlah 1000 penginapan daripada 4700 penginapan apabila Kolej Kediaman 3 dan 4 siap dibina pada akhir tahun 2015.

ISU PERCAMPURAN JANTINA DI KOLEJ KEDIAMAN
Soalan: Mengapa unit penginapan di Desa Jati berhadapan dengan unit penginapan pelajar lelaki dan dalam blok yang sama?

Jawapan: USIM sedaya upaya menyediakan penginapan yng selesa dan kondusif. Walaupun begitu, sukar untuk menyusun pengasingan unit penginapan lelaki dan perempuan apabila USIM menyewa kawasan perumahan yang besar dan banyak unit penginapan. Hakikatnya, dalam realiti kehidupan kita tidak dapat menentukan siapakah yang berkemungkinan menjadi jiran kita di sebelah atau di depan rumah kita sendiri.

ISU PENGKOMERSILAN PRODUK CIPTAAN PELAJAR
Soalan: Adakah USIM akan mengkomersilkan produk ciptaan pelajar yang telah memenangi anugerah dalam pertandingan luar?

Jawapan: Ya, USIM akan berusaha memastikan produk tersebut dipelihara hakcipta harta inteleknya dan dikomersilkan dengan penglibatan pelajar.

Mahasiswi yang hadir

                                             Gambar yang admin ambil dari kawan admin


Setelah admin selidik dan tanya kawan2 admin, baru admin faham kenapa sambutan pelajar ke Hari NC bersama mahasiswa/i kurang dan tidak ramai. Pelajar dikatakan ramai yang mempunyai kelas pada masa perjumpaan tersebut kerana minggu ini adalah minggu ke-2 sesi pengkuliahan serta Majlis sambutan Merdeka Raya anjuran Permuafakatan siswa-siswi Felda (PERSADA).

Jadi, lebih baik kita bersangka baik daripada bersangka buruk tentang kehadiran pelajar ke majlis NC bertemu mahasiswa/i tersebut. Wassalam.


1 comment: