Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Monday 16 April 2012

PTPTN sudah MANSUH??!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


ML masih lagi cuba menarik perhatian mahasiswa berkenaan isu MANSUH PTPTN. Isu PEMANSUHAN PTPTN ini mejadi fokus nasional apabila parti politik PAKATAN RAKYAT (PR) telah membuat satu janji kepada semua mahasiswa berkenaan pemansuhan PTPTN ini jika mereka berjaya memerintah negara ini. Suka ML nyatakan disini, setelah janji ini dibuat golongan manakah yang pertama sekali menyahut dan percaya dgn semua janji2 ini? tidak lain dan tidak bukan, golongan2 ini adalah dikalangan mahasiswa2 ini




Mahasiswa2 ini jugaklah yang sebelum2 ini mendatangkan masalah dan pelbagai demonstrasi sehingga menjadikan kita sebagai mahasiswa dilabel sebagai mahasewel. macam mana tidak, lihat sahaja aksi2 mereka ini.



Ada lagi yang best siap bergasak dgn penguatkuasa lagi apabila diminta untuk bersurai dan tidak bkhemah di dataran merdeka.




mahasiswa tgk lah sendiri. perjuangan mereka ini yang sebelum2 ini dikatakan tiada kaitan dgn parti politik tapi apabila parti politik PR membuat janji kenapa mereka ini yang lebih bersemangat dan teruja? jika tiada kaitan dgn parti politik kenapa harus anda semua pergi melalak dan melolong di dataran merdeka dan tidak memperjuangkan perkara yang anda sendiri fikir? ini adalah bukti kukuh penglibatan parti politik dalam perjuangan mahasiswa2 ini.

ML:perjuangan kita sepatutnya adalah mencari ilmu dengan penuh takwa kepada Allah. Menghormati pemimpin dan guru2 adalah perlu untuk mendapat keberkatan ilmu itu.

Sunday 15 April 2012

Ke mana pegangan Akidah mereka ini??!

Assalamualaikum W.B.T. Dan salam petang Ahad.

Seharian ML menilik blog2 dan juga fb rakan2 ML. Rata2 status rakan ML berkait dgn demostrasi di Dataran Merdeka semalam. Ikhlas dalam hati ML kecewa dgn rakan2 mahasiswa yg turun bersama2 menyokong perjuangan memansuhkan PTPTN semalam. Kecewa kerana rata2 mereka ini adalah mahasiswa yg sebangsa dgn ML iaitu melayu dan Islam. Yg perempuannya cantik,bertudung litup, lihat http://malaysiabangkit.blogspot.com/2012/04/panas-siswa-siswi-pembakang-kantoi-di.html




Tapi yg ML kecewa sgt2 apabila mereka2 ini telah mengkalungkan bunga kepada gmbr Perdana Menteri kita. Tidakkah kawan2 kita ini maklum bahawa itu adalah budaya dan adat agama hindu??? Dan yg pastinya DS Najib masih lg hidup kenapa begitu yg dibuat?? ML rasa mesti kwn2 mahasiswa yg berada disana,yg lbh Islamik dan bijak pandai tahu apa hukumnya kita mendoakan kematian saudara seIslam kita. Pesan ML pd kwn2, jgn gadaikan akidah dan agama demi untuk kepentingan diri,individu dan juga politik.




Allah itu maha Adil,jika kita xsuka dgn pemerintah kita yg ada skrg,tukar shj dlm pilihanraya akan dtg. Itu adlh lbh baik dan sopan berbanding terpekik terlolong di atas jalanraya. Yg muslimin dgn gayanya,dan yg muslimah dgn aksinya. ML tgk yg muslimah ini dah tidak macam muslimah dgn kata2 kesat dan suara yg terlalak2.

Ziyad bin Kusaib al-'Adawi berkata, saya bersama Abi Bakrah radhiyallahu 'anhu di bawah mimbar Ibn 'Amir yang saat itu sedang memberi khutbah. Dia memakai pakaian yang sangat nipis. Lalu Abu Bilal berkata: "Lihatlah pemimpin kami itu, dia memakai pakaian orang fasiq!" Abi Bakrah menjawab: Diamlah kamu! Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa yang menghina pemimpin Allah di bumi maka Allah akan menghinanya (di Hari Akhirat)." [Riwayat At-Tirmidzi, dinilai shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Sunan at-Tirmidzi, no. 2224]

ML: mahasiswa berani buat,mahasiswa berani lah tanggung. Jgn nanti bila tindakan tatatertib dibuat, universiti dan kerajaan juga yg disalahkan.

Friday 13 April 2012

14 April 2012?!

Selamat Pagi kepada semua.

Hari ni,14 April 2012 dan seperti semua pembaca sedia maklum, negara Malaysia tercinta ini bakal bergelut dengan krisis demonstrasi lagi. Awal2 pagi nanti, jalanan akan dipenuhi dengan "sampah2" yang mengelarkan diri mereka Mahasiswa dan mewakili semua Mahasiswa di negara ini, yang kononnya bijak pandai,tapi diperkudakan oleh pihak2 tertentu. Pagi nanti akan diadakan satu perhimpunan menyokong MANSUH PTPTN di Dataran Merdeka yg mana perhimpunan ini mungkin akan melihat sekuat mana sokongan Mahasiswa(yg disangka bijak pandai sebelum ini), turun dan menyokong pihak pembangkang ini.

Sangat menyedihkan kita semua sbg Mahasiswa,kerana sebilangan kecil mereka ini terus menerus membawa nama semua Mahasiswa menyebabkan kita sbg Mahasiswa yg tidak pernah mewakilkan mereka turut terpalit dgn agenda politik mereka. Banyak lagi perkara lebih berfaedah Mahasiswa boleh dan perlu lakukan drpd turn menyokong benda2 begini. Nasihat kami, kpd semua Mahasiswa yg cintakan keamanan, cintakan tanah air dan cintakan agama, berfikirlah secara waras dan matang. Tiada guna menjadi kuda tunggangan ahli politik pembangkang itu semua. Sedarlah yg kita ini hanyalah Hamba yg diamanahkan oleh-Nya untuk menuntut ilmu dan menyebarluaskan ilmu itu,bkn menggunakan ilmu ke arah keburukan.

"Say No To Street Rally!!!"

Thursday 12 April 2012

Apa Kejadah Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)?? Agenda politik lagi ke??

Assalamualaikum W.B.T. dan Selamat Jumaat yang mulia.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi bernafas hari ini. Tinggalkan semalam, mulakan yang baik hari ini untuk menuju hari esok dan seterusnya.

Post kali ini berkaitan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M). Apa yang MAHASISWA tahu mengenai SL1M? Secara kritisnya, kami boleh katakan majoriti MAHASISWA tidak tahu dan tidak maklum apa itu SL1M. Meh sini kami tunjukkan apa itu SL1M.

SL1M ini adalah satu satu inisiatif kerajaan yang diwujudkan untuk memberi peluang kepada para graduan IPT yang masih tidak mempunyai kerja selepas habis belajar. Kerajaan mengambil maklum tentang masalah MAHASISWA yang susah untuk mendapat kerja setelah habis belajar. Macamana nak mudah dapat kerja, habis semua apa yang kerajaan buat asyik dikatakan tidak betul, dan kerja nak buat demostrasi (macam kawan kita dari UPSI tu), memang la orang susah nak bagi kerja. Majikan pun jadi takut dengan graduan baru, majikan tersalah sikit je mesti nak demo je keje, hahahaha. Buat malu MAHASISWA la bro. Sebab niat "baik" lu la, habis semua MAHASISWA yang "jahat" ini terpalit sukar nak dapat pekerjaan.

Terima kasih diucapkan kepada PM kita, YAB DS Najib diatas penwujudan SL1M. SL1M ini melibatkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menjalankan program secara Corporate Social Responsibility (CSR) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan menggunakan institusi latihan sedia ada. Para graduan yang berminat untuk menyertai SL1M ini boleh ke http://www.epu.gov.my/sl1m_org (perhatian: untuk orang tidak suka berdemo sahaja).

maklumat lebih lanjut, kawan-kawan boleh ke http://www.epu.gov.my/sl1m_about.

p/s: berjasalah kepada orang yang berbudi kepada kita, bukan mendabik dada menyalahkan orang itu.

Monday 2 April 2012

dimanakah kewarasan akal, apabila PTPTN dihapuskan?

Kepada “MAHASISWA” yang NILAI USIM hormati sekalian. Bila berbicara berkenaan dengan USAHA dan PENGORBANAN menjadi “MAHASISWA” ini terlalu besar ertinya berbanding dengan orang yang tidak mempedulikan soal ILMU itu sendiri. Pada dasarnya ILMU ini suatu pemberian kepada sesiapa yang menghendakinya atas tujuan “TAQWA” kepada ALLAH. Orang yang bertaqwa banyak amalannya berdasarkan ILMU yang di dalami samada sekecil ILMU hinggalah sebesar ILMU itu sendiri diamalkan.

Seorang “MAHASISWA” yang sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit dikira suatu PENGORBANAN yang besar pada seseorang “MAHASISWA”. Bayangkan jika pada zaman PERDANA MENTERI PERTAMA ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN AL-HAJ pendidikan amat di kira suatu yang luar biasa bagi yang mencari ILMU di Sekolah-Sekolah dan di Universiti-Universiti yang ada pada masa itu. Pemberian bantuan kewangan, pinjaman dan sebagainya amat sukar di capai oleh segelintir “MAHASISWA” samada dari Sekolah Rendah hinggalah Universiti.

Perjuangan tanpa mengharapkan balasan hanya kerana mahu membela NEGARA daripada dikecam oleh masalah-masalah yang berlaku pada masa itu. Tetapi pada masa yang serba moden ini, pengharapan “MAHASISWA” dalam mencari bantuan, pinjaman dan sebagainya menjadi suatu ISU yang boleh dikira hanya mainan agenda-agenda PIHAK TERTENTU dalam menonjolkan kesalahan sesuatu pihak.

Contohnya KERAJAAN pada hari ini, sememangnya memberikan pendidikan PERCUMA sehingga ke peringkat sekolah menengah dengan adanya pemberian buku pinjaman atau skim pinjaman buku teks di sekolah-sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah. Usaha yang di buat oleh kerajaan adalah bagi membantu pelajar-pelajar yang tinggal di luar bandar dan bandar menikmati suasana belajar dengan keselesaan, saksama dan bukannya dengan bebanan.

Selain itu, KERAJAAN memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk bersaing dalam pelajaran mereka agar dapat menyambung pelajaran di peringkat IPTA. Mungkin PIHAK TERTENTU memandang rendah atas dasar bantuan ini kerana kalau bukan KERAJAAN lah yang memberikan semua ini dalam bentuk skim pinjaman siapa lagi nak bagi kepada pelajar-pelajar sekolah??? Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kalau tidak KERAJAAN siapa lagi nak membantu mereka??? mahukah melihat mereka ini tidak di bela dan dibiarkan nasib tidak menyebelahi mereka??? FIKIRKANLAH jangan jadi macam peribahasa ini “sudah terantuk baru tengadah” . Perlu ada timba balik bila buat sesuatu.

Jika diperingkat IPTA kenapa diberikan pinjaman PTPTN ia adalah kerana KADAR yang diberikan oleh KERAJAAN untuk memberi galakkan dan lebih kepada usaha “MAHASISWA” dalam pelajaran mereka tambahan lagi bagi memudahkan mereka menyambung pelajaran di peringkat tinggi. Selain itu, membantu “MAHASISWA” dari segi perbelanjaan seharian, ia bukan duit pinjaman yang perlu disalahgunakan untuk membeli barang-barang yang tidak perlu seperti HANDPHONE, BAJU BERJENAMA dan sebagainya.

Melalui PTPTN ianya hanya meliputi ¼ sahaja yuran dan yang selebihnya membantu “MAHASISWA” dalam urusan seharian. Adakah itu pun dikira membebankan “MAHASISWA”??? Isu yang selalu di gembar gemburkan PIHAK TERTENTU berkenaan dengan pembayaran semula selalu bermain difikiran “MAHASISWA”. Cuba bayangkanlah walaupun KERAJAAN meminta untuk dibayar lebih dari pinjaman yang MAHASISWA dapat TANPA ADA CAGARAN BAYARAN, DEPOSIT dan sebagainya. Tidak akan dapat “MAHASISWA” menikmati pinjaman PTPTN ini dengan sesuka hati dan diberikan syarat.

Memang PIHAK TERTENTU berkata ia duit RAKYAT dan HAK RAKYAT tetapi kalau dah ramai yang KERAJAAN bagi pinjaman tu…tidak kah berasa ia strategi KERAJAAN dalam timba balik pemberian yang diberikan??? Ok kalau susah sangat dan tak nak membebankan JANGAN MOHON PTPTN…NILAI USIM cabar kepada sesiapa yang banyak sangat mempersoalkan isu ini dan jangan pinjam PTPTN…so, tak menyusahkan dan membebankan dan perlu di ingatkan sifat pinjaman PTPTN, ia bukan DIWAJIBKAN utk diambil tetapi ia adalah PILIHAN.

Negara maju seperti US, UK dan Australia juga mengenakan YURAN pada pelajar UNIVERSITI Cuma yang membezakan tempat dan keadaan. Jangan lihat Malaysia sahaja ada pinjaman, Negara luar pun sama seperti Negara Sweden, Norway dan Denmark beri pendidikan percuma TETAPI mengenakan cukai yang “TINGGI” kepada RAKYAT dan tiada SUBSIDI. NILAI USIM nak Tanya..RAKYAT SEMUA nak ke macam tu lebih-lebih lagi “MAHASISWA” yang berada di IPTA tempias dengan perkara ini??? Beruntunglah tinggal di MALAYSIA dah la dapat pinjaman bagi yang BERKEMAHUAN je, SUBSIDI lak dapat macam gula,tepung, minyak dan lain-lain lagi. Alhamdulillah…..

PIHAK TERTENTU kalau nak tau lah segala akses pendidikan tinggi untuk semua rakyat tiada yang berkecuali. Tengok sahaja yuran pengajian di Malaysia murah dan sebab itulah kerap kedengaran di awal-awal semester “MAHASISWA” mudah je kuarkan duit PTPTN dan disalah gunakan dengan membeli handphone dan sebagainya….maaf lah kalau NILAI USIM salah sangka sikit atau tersilap….

Untuk akhirnya, sekiranya “MAHASISWA” berjaya mendapat UPPER CLASS, maka ia akan menjadi BIASISWA, sekaligus tak perlu bayar semula PTPTN…so,belajar lah rajin-rajin ye lagi-lagi PIHAK TERTENTU yang sibuk sangat nak mempersoalkan ISU ni…NILAI USIM cuba untuk bersangka baik je…….