Assalamualaikum W.B.T. dan Selamat Jumaat yang mulia.
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi bernafas hari ini. Tinggalkan semalam, mulakan yang baik hari ini untuk menuju hari esok dan seterusnya.
Post kali ini berkaitan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M). Apa yang MAHASISWA tahu mengenai SL1M? Secara kritisnya, kami boleh katakan majoriti MAHASISWA tidak tahu dan tidak maklum apa itu SL1M. Meh sini kami tunjukkan apa itu SL1M.
SL1M ini adalah satu satu inisiatif kerajaan yang diwujudkan untuk memberi peluang kepada para graduan IPT yang masih tidak mempunyai kerja selepas habis belajar. Kerajaan mengambil maklum tentang masalah MAHASISWA yang susah untuk mendapat kerja setelah habis belajar. Macamana nak mudah dapat kerja, habis semua apa yang kerajaan buat asyik dikatakan tidak betul, dan kerja nak buat demostrasi (macam kawan kita dari UPSI tu), memang la orang susah nak bagi kerja. Majikan pun jadi takut dengan graduan baru, majikan tersalah sikit je mesti nak demo je keje, hahahaha. Buat malu MAHASISWA la bro. Sebab niat "baik" lu la, habis semua MAHASISWA yang "jahat" ini terpalit sukar nak dapat pekerjaan.
Terima kasih diucapkan kepada PM kita, YAB DS Najib diatas penwujudan SL1M. SL1M ini melibatkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menjalankan program secara Corporate Social Responsibility (CSR) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan menggunakan institusi latihan sedia ada. Para graduan yang berminat untuk menyertai SL1M ini boleh ke http://www.epu.gov.my/sl1m_org (perhatian: untuk orang tidak suka berdemo sahaja).
maklumat lebih lanjut, kawan-kawan boleh ke http://www.epu.gov.my/sl1m_about.
p/s: berjasalah kepada orang yang berbudi kepada kita, bukan mendabik dada menyalahkan orang itu.
No comments:
Post a Comment