Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Monday 28 May 2012

Asma Allah

 

pada yang berkelapangan bleh la klik play dan sama2 la kita ikut...bleh gak pahala..klu ajk member2 lg bgus...sama2 la kita bringat dalam mengejar kebaikan ;)

Most Beautiful Duaa


Subhanallah..

Debat ptptn



dgr, renung dan nilai la sendiri :)

Saturday 26 May 2012

NASIHAT SGT BERGUNA DARIPADA TUN MAHATHIR!!!

Beberapa nasihat Yg Berbahagia Tun Mahathir kepada umat Islam.
Perpaduan
  1. Kebanyakan umat Islam hari ini jauh meninggalkan al-Qur’an (Islam).
  2. Umat Islam hari ini tidak bersatu-padu. Bukan itu sahaja, bahkan umat Islam bermusuh ketat antara satu sama lain. Senario semasa menunjukkan umat Islam terpecah-pecah menjadi lebih1000 kelompok.
  3. Islam adalah agama perpaduan dan menganjurkan umatnya bersatu-patu.
  4. Islam adalah agama persaudaraan. Asas persaudaraan Islam ialah ‘mengucap dua kalimah syahadah”.
Ekonomi
  1. Allah memberi rezeki dan kekayaan kepada umat Islam dan negara-negara umat Islam. Namun kekayaan itu tidak bermakna kerana ia tidak diurus dengan baik. Kekayaan jika tidak diurus dengan baik, maka ia tidak lagi menjadi kekayaan.
  2. Sebahagian besar umat Islam dan negara umat Islam kurang bijak mengurus kewangan dan ekonomi.
Ilmu
  1. Umat Islam perlu kembali menguasai ilmu di dalam al-Qur’an dengan belajar memahaminya.
  2. Kita memiliki ramai orang yang sudah membaca dan menghafal al-Qur’an, namun masih sedikit yang memahaminya dengan cara yang benar.
  3. Selain itu, umat Islam juga perlu menguasai ilmu sains dan disiplin ilmu yang lain, bukan sahaja untuk memajukan negara, bahkan untuk mempertahankan umat Islam.
  4. Hari ini, negara Islam terpaksa membeli senjata dari musuh mereka untuk mempertahankan negara mereka.
Dakwah
  1. Untuk berdakwah, umat Islam harus menampilkan imej yang menarik; bersih, kemas, tegap dan sihat. Orang bukan Islam perlu diyakinkan bahawa dengan memeluk Islam, mereka akan berjaya di dunia dan juga di akhirat.
  2. Islam adalah ‘dien’ yakni cara hidup. Justeru itu, umat Islam wajar menunjukkan bahawa cara hidup yang mereka pilih itu (Islam) menjadikan mereka manusia yang terbukti berjaya di dunia sebelum menghantarkan mereka untuk berjaya di akhirat pula. 
  3. Ilmuan dan pendakwah Islam perlu memberi fokus menonjolkan nilai-nilai murni dalam Islam seperti sikap adil dan pemaaf. Berbanding beberapa hukuman yang dilihat berat dan tindakan tegas kepada mereka yang melakukan jenayah.
  4. Di dalam kes ‘qisas’ (hukuman balas) sebagai contoh, mengapa yang ditonjolkan itu hanya hukuman balas sahaja. Walhal Allah menyebutkan memaafkan itu adalah lebih utama. Mengapa sebahagian pendakwah Islam hari ini tidak menonjolkan sifat pemaaf itu sebagai lebih mulia dari hukuman?
dipetik dari blog Malaysia Bangkit

PAS itu melayu...UMNO itu islam

Umno Lembah Pantai hari ini mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanggungjawab membuat provokasi menyebabkan berlakunya ketegangan dan kecederaan dalam ceramah Pakatan Rakyat kelmarin.
Ketua Pemuda Umno bahagian itu Mohamad Sazali Kamilan mendakwa, Anwar pada malam itu mengeluarkan kenyataan berbunyi: “Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka”.
Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Mohamad Sazali berkata, daripada ucapan itu boleh dijangkakan apa yang bakal terjadi.
Dalam ceramah di Pantai Dalam malam tadi, seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang hanya beberapa meter sahaja dari ceramah PKR.

dipetik dari HarakahDaily 

aku saja amik post ni...bukan apa..saja nak tunjuk kat semua camna melayu ISLAM skang dh peacah..masing2 tepekik telolong asal islam kna tindas...tp x de sape amik pengajaran dr semua tu..knapa kita semua x besatu? masing ada pendirian sendiri...so why not kita semua duduk semeja and pikir cara nak strengthen our melayu ISLAM bond..x kisah la parti cap keris ke...cap bulan ke...cap mata ke..rasa2 ank2 kita esok bleh ke hidup aman klu kita skang x besatu....  

Melayu Islam lebih berhak, kata Nik Abduh

MACHANG - “Melayu (muslim) lebih berhak, sebab ia majoriti,”kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa untuk berjuang bagi memastikan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Anak kepada Mursyidul Am Pas itu menegaskan berdasarkan situasi semasa negara, hanya orang Melayu dan Islam sahaja yang berhak menjadi pemimpin nombor satu negara.

“Dalam konteks semasa orang Melayu dan muslim lebih berhak sebab majoriti tetapi asas dalam sebuah kerajaan Islam pemimpin seorang muslim, bangsa tidak kira, kalau Karpal sebut mengenai bangsa tidak kisah tetapi bukan Islam jadi Perdana Menteri kita tolak.

“Kita sebut dalam konteks semasa Melayu lebih layak sebab ia majoriti, ini tanah Melayu,” katanya ketika ditemui selepas Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan di Markas Dewan Ulama Pas di sini semalam.

Karpal sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan terus berjuang bagi memastikan bukan Melayu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dengan alasan tiada undang-undang yang menghalang orang bukan Melayu untuk memegang jawatan tersebut.

Nik Abduh bagaimanapun berkata kenyataan Karpal itu tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kerana umum mengetahui pendirian dan tindakan tanduk Karpal sebelum ini yang lebih suka mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi.

“Kita melihat ia tidak memberi kesan sebab benda ini telah berulang, Rakyat sudah tahu pendirian Pas dengan kenyataan Karpal, kenyataan Karpal memang bercanggah dan apa-apa kenyataan Karpal pun tidak akan jejaskan sokongan rakyat terhadap Pas pada pilihan raya umum nanti,” katanya.

dipetik dari sinar harian

Sunday 13 May 2012

selamat pengantin baru :)



Assalamualaikum...hai semua.Hepi Besday ke 66 UMNO...semoga dipanjangkan lagi umur parti ini demi kemaslahatan agama, bangsa dan negara...

gambar kat atas adalah gmbar satu pasangan yang kawin pada hari ulang tahun UMNO di Jasin. mohd khairul anwar dan adila..p

PTPTN oh PTPTipu

assalamualaikum...
 
post ni dipetik dari http://rafiziramli.com 

Bagaimana KEADILAN mahu membayar jumlah RM24.7 bilion ini?

Seperti juga pinjaman rumah yang kita buat, ia melibatkan tempoh masa pembayaran yang panjang. Jumlah RM24.7 bilion ini bukanlah perlu dibayar serta-merta apabila KEADILAN memansuhkan hutang PTPTN.

Jumlah ini akan dibayar mengikut tempoh masa 10 hingga 20 tahun di masa akan datang, seperti mana pinjaman-pinjaman lain yang dibuat kerajaan kini.
Jumlah yang perlu dibayar setiap tahun adalah antara RM2 bilion hingga RM2.5 bilion mengikut anggaran KEADILAN.

Ada banyak cara kerajaan boleh membayar jumlah ini.
Contohnya, kerajaan boleh merangka satu akta yang mensyaratkan mengikut undang-undang bahawa peratusan tertentu dari hasil minyak perlu dimasukkan ke dalam tabung pelaburan pendidikan. Dana ini tidak boleh diganggu dan hanya boleh digunakan untuk pendidikan.
Setiap tahun, sejumlah RM2 bilion boleh diambil dari dana ini untuk membayar tanggungan hutang PTPTN yang diambil alih oleh kerajaan. Jika ini dibuat, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, kita berjaya menghapuskan hutang PTPTN....

pnjang lagi sebenarnya post ni...tapi wat masa ni aku amik yg ni je.. rafizi ckp krajaan wat akta utk tarik hasil mnyak..brapa bnyak?2 billion je...nmapk memang ckit sebab dia tulis 2 je ngan angka...yang billion dia tulis je..2 billion tu bnyak camni 2 000,000,000...bnyk kan..mmg cadangan ni best..tp konfem ke selama ni dana 2 000,000,000 ni tak dipakai...bayangkan kalau 2000,000,000 ni  memang diperuntukkan untuk benda lai, pastu tiba2 lak diambil,mesti akan kcau belanjawan lain yang mana mungkin akan menyebabkan harga barang naik atau cukai naik tuk cover balik...

so ape korg rasa klau tiba2 ptptn memang dh mansuh dan kerajaan memang bagi free la education kat malaysia ni...tapi tiba2 umum cukai naik...x pun minyak naik...nanti demo plak lagi..bersih sana bersih sini...adoi...

lagi plak, ingat senang ke nak wat akta..mula2 kna plan..pastu bentang kat parlimen..kena bahas lak..pastu akn dikaji semula...pas2 kena mintak persetujuan agong..klu x lepas kna kaji plak lagi skali...nak tulis, bg cdangan untuk huru harakan keadaan memang senag bro..tp nk laksana bukan semua sanggup.. 

so rasa takat tu ja kot dulu time ni..nti kita tgk part lain dr post rafizi ni... :)

Friday 11 May 2012

PM kita


 jom kita sama2 hayati lagu ni..try kita sama2 perhalusi apa pm kita dh wat untuk rakyat kita dan pembangunan malaysia...lagu ni admin tuju untuk semua pm2 kita dr dlu sampai la ni... :)

Sunday 6 May 2012

MOM, HOW DO I LIVE WITHOUT YOU


بسم الله الرحمن الرحيم



Ya Allah, berikanlah ibu balasan yang sebaik-baiknya,
 atas didikan ibu padaku dan pahala yang besar,
atas sayang yang ibu limpahkan padaku,
peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku.

Ya Allah, bila maghfirah-Mu telah ibu kecapi sebelumku,
Izinkanlah ibu memberi syafaat untukku,
Tetapi jika maghfirah-Mu kukecapi lebih dahulu,
Maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk ibuku,
Sehingga kami semua berkumpul bersama,
Ditempat kediaman yang dinaungi,
Kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.








1)“Daripada Abdullah bin Amru ibnu ‘asr Radiallahu ‘anhum, seorang lelaki mendatangi nabi solallahu ‘alaihi wasallam kemudian meminta izin baginda untuk turut terlibat berjihad. Baginda bertanya: Adakah ibu bapa kamu masih hidup? Jawabnya: Ya! Kata baginda: Berbaktilah kepada mereka dan ia adalah jihad.” [Hadis Riwayat Imam Bukhari, hadis no. 3004]

2) Mu’awiyah bin Jahimah berkata, Aku bertemu Rasulullah solallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, aku ingin mengikuti berjihad bersamamu Rasulullah untuk mencari darinya itu wajah Allah dan negeri Akhirat. Rasulullah lalu bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda:“Pulanglah kepadanya dan berbaktilah kepadanya.”
[Hasan Sahih; Dikeluarkan oleh Imam an-Nasai , hadis no 3104]

3) Kata Abdullah Ibn ‘Amru radiallahu ‘anhu:

رضا الله في رضا الوالدين سخط الله في سخط الوالدين
Maksudnya: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa” —-
Hadis Mauquf, Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya [hadis no: 1899]

Terlalu banyak hadis yang memberi keutamaan seorang ibu, walaupun jihad dipandang mulia disisi agama, namun berbakti kepada ibu adalah yang lebih utama. Ibu adalah segalanya, tanpa ibu siapa la kita. 
Redanya Allah terletak pada redanya ibu bapa.