Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Friday 29 June 2012

KAITAN ANTARA KEMENANGAN IKHWAN MUSLIMIN DAN PAS



      RAKYAT Mesir menyambut kemenangan Dr. Mohammed Morsi Isa al-Ayyat dari Ikhwan Muslimin dengan sorakan tetapi Israel mengumpul curiga manakala Amerika Syarikat (AS) menanti dengan waspada. Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya Presiden mengumumkan keputusan itu pada petang Ahad lalu, salah seorang menteri Israel memberikan amaran, rejim zionis "bersedia berperang". 

       Presiden Barrack Obama mengutuskan ucapan tahniah tetapi tidak memberi banyak ulasan mengenai pelbagai kemungkinan dan kebimbangan yang mungkin berlaku, kerana Morsi sudah pun membuat kenyataan akan menyemak semula Perjanjian Kem David yang ditandatangani Jimmy Carter dan Anwar Sadat pada 1979. Akibat perjanjian itu, Sadat pada 1981 terbunuh manakala kumpulan Ikhwan Muslimin dituduh merancang pembunuhan tersebut.

    Kemenangan Ikhwan Muslimin turut dilihat Israel sebagai halangan besar untuk mencaturkan geopolitik di Asia Barat setelah dilihat hampir berjaya apabila kekuatan Muammar Gaddafi berjaya dilumpuhkan, manakala Syria sedang dicanangkan untuk dikenakan tindakan ketenteraan oleh NATO dan kedudukan Bashar al-Assad semakin sukar untuk bertahan.

     Ikhwan Muslimin pernah terlibat dalam peperangan dengan Israel bagi membantu Palestin mempertahankan leluhurnya, dan pada 5 Jun lalu, menandakan ulang tahun ke-45 perang besar-besaran yang disertai oleh sebahagian besar negara Arab, yang dikenali sebagai Perang 22 Hari pada 1947.

      Dalam kenyataan awalnya, Morsi yang berlatar belakangkan pengalaman profesional sebagai jurutera belum menyatakan sebarang kemungkinan membalas dendam sebaliknya berjanji akan melaksanakan tanggungjawab untuk memulihkan situasi politik Mesir agar kembali tenang dan aman secepat mungkin.

      Buat permulaannya, Morsi akan berhadapan cabaran untuk memilih barisan Kabinetnya. Ini bermakna, Morsi perlu mempertimbangkan kemungkinan membawa masuk beberapa pemimpin parti lawan kerana jarak perbezaan pengaruh adalah kurang dua peratus (51.7 - 48.0 > 2.3 peratus). Populariti pembangkang yang bersifat sekular masih besar, dan tentunya Morsi memerlukan keseimbangan yang berkesan berdasarkan pengalaman bahawa parti yang berasaskan Islam hayatnya tidaklah boleh bertahan lama.

    Kemenangan Ikhwan Muslimin turut mempengaruhi pemikiran politik pemimpin pembangkang terutamanya Pas di Malaysia. Pas melihat kemenangan itu memberikan keuntungan moral yang besar dan mampu dieksploitasikan sebagai kekuatan baru untuk meraih sokongan pengundi-pengundi yang beragama Islam.

        Dalam beberapa reaksi awal, pemimpin Pas sudah memulakan gendang membangkitkan emosi pengundi dengan melancarkan serangan bahawa sistem pemerintahan sekular yang sedang berkuasa di Malaysia perlu ditamatkan sebagaimana dilakukan rakyat Mesir.

       Oleh kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bakal berlangsung, kemenangan Ikhwan Muslimin dijadikan modal kempen yang dikupas dalam perspektif, kerajaan sekular telah menafikan hak rakyat untuk menggunakan wang royalti minyak kerana disekat, menganaktirikan negeri-negeri pembangkang dengan tidak membenarkan negeri yang bukan dikuasai BN melaksanakan projek pembangunan dan sebaliknya diselia oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan, tidak memperuntukkan wang secukupnya untuk pembangunan sekolah-sekolah agama seliaan kerajaan negeri, dan sebagainya.

           Semua isu itu sengaja diketengahkan parti pembangkang untuk memperlihatkan parti itu sahajalah yang benar-benar berjuang atas landskap keadilan dan prinsip Islam. Dalam masa sama, parti-parti pembangkang pernah mengeksploitasikan kebangkitan rakyat, kemenangan calon prodemokrasi di Myanmar dan kemenangan parti-parti berhaluan kiri (sosialis) di Perancis dan Parti Buruh di Britain menunjukkan arah yang sama bakal berlaku dalam garis penentu landskap politik Malaysia pada PRU-13.

        Bagaimanapun, minggu lepas Perdana Menteri sudah mengingatkan rakyat agar tidak mempercayai budaya politik pembangkang yang sentiasa mengamalkan tiga doktrin negatif: bila berjanji, sukar menunaikannya; bila bermasalah, sentiasa menuding jari; dan bila terperangkap, memberikan helah.

    Pakatan pembangkang hanya menumpang projek-projek yang dibina Kerajaan Persekutuan, maka di situlah sebenarnya ukuran. Apakah kemenangan Ikhwan Muslimin di Mesir benar-benar boleh menghapuskan kebangkrapan moral yang sedang melanda pemimpin pembangkang? Jawabnya, halangan dan penderitaan yang dilalui oleh Ikhwanul Muslimin sejak ditubuhkan pada 1928 tidak ada satu pun boleh disamakan dengan kesenangan dan nikmat yang diterima oleh pembangkang.

      Pembangkang di Malaysia tidak pernah dinafikan kemenangan mereka. Pemimpin pembangkang di Malaysia tidak pernah disekat untuk melaksanakan aktiviti politiknya walaupun di luar musim kempen pilihan raya. Cuma kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat, pemimpin pembangkang mengalami gangguan psikologi dan gangguan itulah sebenarnya yang sedang ditutup dengan mengecam dan menuding jari ke arah orang lain.

       Seharusnya pemimpin pembangkang dapat mencontohi kecekalan perjuangan pemimpin Ikhwan Muslimin. Mereka tetap teguh mempertahankan idealisme politiknya, bukan seperti mereka kerana ingin mendapat keuntungan dalam jangka pendek sanggup menggadaikan prinsip perjuangan dan menerima dengan mudah anwarisme.

       Inilah asas yang begitu kejap tertanam sejak dipasakkan oleh Hasan al-Banna. Hasil penelitian saya mengenai kekentalan Ikhwan Muslimin berjuang mengekang pengaruh budaya Barat menerusi kolonialisme, imperialisme dan neoimperialisme begitu ketara, dan itulah menyebabkan pertubuhan itu kental dan berpengaruh meskipun ditekan, dihalang dan cuba dilemahkan. (baca, Hakikat Pemikiran Politik Hasan al-Banna: Meluruskan Salah Faham Terhadap Peranan & Aktiviti Hasan Al-Banna, 2012).

          Setelah berjuang lebih lapan dekad sejak mula ditubuhkan, idealisme itu tetap utuh dan semangat pejuangnya tetap kental, maka kemenangan dalam pilihan raya yang diadakan pada Mei lalu benar-benar merupakan kemenangan bermaruah, kemenangan besar bagi Islam.

sumber: DATUK DR. AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR
                     Yang di Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Thursday 14 June 2012

TERIMA KASIH KERANA MEMPOPULARKAN ML

Assalamualaikum W.B.T....

ML mengucapkan terima kasih kepada mereka ini kerana telah menolong ML dalam mempromosikan blog ML walaupun dalam musim peperiksaan ini. Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan. Selamat menduduki peperiksaan akhir. :)



Ucapan terima kasih juga atas komen2 anda. Ambil positif dan tinggalkan yang negatif. Semoga kita semua berada di bawah lindungan dan rahmat Allah selalu. Amin.

P/S: ML memang seorang Melayu, beragama Islam dan rakyat Malaysia. Harimau Malaya selamanya......

Tuesday 12 June 2012

ARGHH!!!!STRESS PEPERIKSAAN AKHIR...!!!

Assalamualaikum W.B.T dan salam 1Malaysia.

 hari ni ML nak berkongsi sesuatu berkenaan peperiksaan. semalam hari pertama ML mengambil peperiksaan akhir untuk semester ini. Setelah hampir seminggu ML x kluar rumah dan menelaah pelajaran shj, semalam hari pertama keluar dari rumah sewa untuk ke dewan peperiksaan. 

ML ke dewan peperiksaan dgn menumpang kereta kawan rumah sbb ML pun bukan ada kenderaan sendiri tapi tetap bersyukur dgn kemudahan yg ada. Dalam keadaaan stress nak ambik paper ptg smlm (tambah mengantuk pulak),ML sempat ternampak satu banner ucapan peperiksaan kepada pelajar2 USIM.Emm, agak menarik banner ni sebab banner ini adalah ucapan peperiksaaan daripada 3 orang yg ML kagum dgn mereka sbg pemimpin. walaupun ML tau ramai dikalangan kawan2 ML akan mengatakan ini semua agenda sebelum PRU sahaja ni, tp bagi ML sekurang-kurangnya mereka menunjukkan sokongan mereka kepada mahasiswa. kita sbg pemimpin pun perlu untuk memberi sokongan samada moral atau fizikal kepada anak2 kita.

Terima kasih dan tahniah kepada sesiapa shj yg telah sanggup mengantung banner tersebut walaupun ada yg kata benda itu membazir duit dan sbgnya tapi bg ML banner itu sedikit sebanyak mengurangkan dan menenangkan hati ML untuk menduduki peperiksaan kertas pertama semalam.


P/S: kepada kawan2,jgn sebab anda tidak bersefahaman ideologi politik dgn orang lain,kebaikan yg dibuat turut dilihat buruk. kadang2 kita kena terima yg kita tidak semuanya betul. 


"SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN, SEMOGA MENCAPAI KEJAYAAN"

Monday 11 June 2012

EKSLUSIF!!!! YB kawasan Nilai turun Padang...!? Selesaikan Isu Jalan Maut!!!

Asssalamualaikum W.B.T dan salam 1Malaysia. Tengah ML lepak-lepak ni, ML didatangi seorang hamba Allah yakni kawan ML sendiri dan menunjukkan 1 video yang dibuat oleh mahasiswa USIM. Lama ML meneliti dan melihat video tersebut. Ingatkan ada satu je, tapi rupanya banyak lagi video yang membincangkan isu yang sama dibuat oleh insan yang sama. 





ML memuji kawan ML ini yang rajin dan cuba menyelesaikan isu siswa/i adik-adik beliau yang sedang belajar di USIM. Video yang ML maksudkan adalah video yang membincangkan tentang isu 'jalan maut ke USIM'...seram jugak ML mendengar tajuk video itu. Alhamdulillah dan terima kasih ML ucapkan pada siswa tersebut sebab sudi "turun padang" menyelesaikan masalah-maasalah siswa/i usim walaupun sekarang ini musim peperiksaan akhir sedang berjalan tapi siswa ini sudi meluangkan masa menerangkan 'jalan maut' tersebut.

Yang ML lagi kagum dengan siswa ini, beliau nampaknya menghasilkan video ini secara berseorangan tanpa bantuan kawan2 siswa/i yang lain. Sekali lagi ML ucapkan syabas dan tahniah dengan video2 yang dihasilkan oleh beliau, tapi dalam pada masa yang sama, ML melihat yang siswa ini macam syok sendiri dlm menyampaikan mesej beliau kepada pihak berwajib. Kenapa?! Sebab tiada satu pun fakta atau seumpamanya dinyatakan dalam video ini. Semua nampak macam beliau merencanakan video ini tanpa menyelidiknya terlebih dahulu. 

Sudahnya, ML tengok benda ini macam tiada sebarang faedah.....tolongla selidik dulu sesuatu isu sebelum nak dikeluarkan sebagai satu benda yang nampak ingin menyelesaikan masalah tapi sebenarnya menambahkan masalah..... Jangan cuba ingin menjadi YB yang sukakan publisiti murahan, tapi jadilah seorang siswa yang memberi bantuan kepada semua.

HOT!!!Pertembungan antara EURO2012 dan Peperiksaan Akhir Semester

Assalamualaikum W.B.T.

EURO kembali lagi setelah menutup tirai mereka 4 tahun yg lalu. Tapi apa yg menarik adalah,euro kali ini berlangsung serentak dgn peperiksaan akhir semester kebanyakan mahasiswa/i IPT. Ramai kawan2 ML terutamanya lelaki yg agak hanyut dgn perlawanan2 euro2012 ini. Tidak salah untuk kita mengurangkan stress dgn menonton perlawanan bola itu, tapi nasihat ML utamakan dulu yg mana lebih utama. Semoga kita semua berada dalam rahmat dan hidayah Allah selalu.

Kalau rasa agak tertekan, boleh la tengok2 perlawanan bola tu, tapi jgn sampai terleka dgn mainan tersebut. sesapa yg nak tgk game2 yg ada dan utk pengurusan masa dalam peperiksaan ini boleh lihat sini. tapi ML tidak la menggalakan mahasiswa/i menonton game2 tersebut, daripada bangun jam 2-3 pagi menonton perlawanan itu, lebih baik kita bgn dan solat sunat tahajud dan sbgnya. 

Selamat Maju Jaya dan Selamat Berjaya untuk semua.

Saturday 9 June 2012

ustaz oh ustaz

negeri pm 1malaysia...
55 tahun guna air perigi kerana tiada bekalan air bersih, tolong melayu ke mcm nih? merdeka ke melayu? sampai tetamu kena bawa air sendiri bila bertandang ! ....:-((


assalamualaikum...ni diambik dri satu page fb sorang ustaz yg juga org kuat pembangkang...cdey kan klu tgk org camni skang..TAPI member kita ni dah wat somthing yg nmpk obvious sgt..dia nmpak sgt nk salahkan kerajaan..tau x nape aku ckp cam2..bukan sebab aku bn..tapi sebenarnya bnda ni jd kat kuantan..nak dijadikan crita AHLI PARLIMEN KUANTAN ialah YB Hajjah Fuziah Salleh. beliau merupakan wakil rakyat dari PARTI KEADILAN RAKYAT...knape ek dia x slhkan pkr skali?

TAPI aku bukan la plak nak salahkan YB pkr ni cam member kita tu wat...aku just nak tunjuk kat korang x kisah la korg orang sblah mna pun, pas ke umno ke pkr ke dap ke..try to be more sensitive utk hal2 camni...jgn membuta tuli caye..umno pun kdang2 buat slh..pas pun sama..pkr pun sama..tapi DAP selalu SALAH...judge something based on the issue and be a critical thinker.. :)

Sunday 3 June 2012

Cinta Rasul..Bertemu Allah S.W.T



Pada yang berkelapangan boleh la klik play dan sama sama la kita mendengar dan menghayati Ustaz Don mengungkap saat kewafatan Nabi Muhammad  صلى الله عليه وسلم. Semoga rindu kita pada Rasulullah semakin hari semakin menggunung ;)