Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Wednesday 12 September 2012

Penyerahan KADS1M kepada pelajar USIM 14 September 2012

Assalamualaikum W.B.T.

Ramai kwn2 admin dk bertanya bkenaan KADS1M yg mana telah dilancarkan oleh TPM Malaysia, kalau xsilap admin pertengahan tahun ini. Ada yg dk bertanya apa keistimewaan kad ni,dan macamana kad ni berfungsi. So mlm td admin pn buat la sedikit reasearch apa kebenda KADS1M nih.

Ni antara bnde yg admin dapat dari internet pasal benda alah tu.


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
- mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas).
- pengajian sepenuh masa.
- warganegara Malaysia.
Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.

kalau kwn2 nk maklumat lanjut, sila klik sini dan boleh tengok maklumat2 kat dalam tu.

Cuma kat USIM ni admin dgr penyerahan kad secara rasmi akan dilakukan pada 14 September 2012 kat DKU FPQS. itu apa yg admin dgr n dapat dari laman web USIM. sumber

p/s: admin bersyukur dapat kemudahan ni dan akan guna kemudahan yg dah disediakan sebaik mungkin. sape yg xsuka kerajaan n kata kerajaan ni zalim dan sebagainya tu, jgn pula buat muka x malu nk guna kemudahan2 ni semua :p

No comments:

Post a Comment