Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Thursday 13 September 2012

USIM lahirkan pemimpin Islam

SEREMBAN 13 Sept. - Seramai 60 penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari pelbagai fakulti terpilih menjalani saringan program pemilihan Young Muslim Leaders of the Future (YMLF) yang diadakan di Kem Bina Negara Maran, Pahang, dekat sini baru-baru ini.

Mereka yang terpilih mengikuti kem saringan itu merupakan antara penuntut yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang dengan memperoleh Purata Gred Nilai Keseluruhan (PGNK) 3.0 ke atas.

Kumpulan tersebut juga merupakan antara 659 penuntut yang menjalani ujian kepintaran secara online bagi menyertai program tersebut.

Namun, hanya 40 daripada 60 penuntut akan dipilih menjalani peringkat temu duga sebelum 30 peserta terakhir dipilih bagi mengikuti modul latihan YMLF.

Difahamkan, sebanyak RM40,000 diperuntukkan bagi setiap peserta menjalani latihan dan kursus di bawah program berkenaan.

Sumber:
Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment