Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Friday, 14 September 2012

KONTROVERSI: USIMKINI DAN KESAHIHAN MAKLUMAT

Admin rasa baru je lagi blog yang pernah admin postkan entry Usimkini yang pernah menimbulkan kekecohan suatu masa dulu di USIM dengan berita dan maklumat yang tidak dapat disahkan sumber beliau. 

Kali ni blog sama masih menimbulkan kontroversi lagi dengan menggunakan nama orang yang tidak pernah ditemuramah dalam entry beliau. 

"Menurut seorang bekas ahli jentera HEP yang hanya mahu dikenali sebagai Bari, pertemuan tertutup sebegitu merupakan rutin biasa yang dilakukan oleh pihak HEP di semua kampus bertujuan sebagai program penerangan tentang aspirasi kepimpinan pelajar dan dianggap proses 'saringan' awal untuk bakal-bakal calon."

Lihat sendiri kesahihan daripada pemunya badan yang jelas kecewa dengan kaedah Usimkini.

Menggunakan nama saya dalam berita anda mengecewakan saya. Tiada perbualan atau seumpamanya antara saya dengan krew UsimKini mengenai Pilihan Raya Kampus.Slogan "Telus, Berani dan Benar" sekadar omongan kosong. Harap pihak UsimKini mengambil berat akan berita yang disampaikan dan bertepatan dengan slogan anda." ibnurani

Apa pun, hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku. Semoga admin blog tersebut dapat memberikan kita semua maklumat yang benar seperti  slogannya, "Telus, Berani dan BENAR" supaya tidak timbul fitnah dan memburuk2kan orang yang tidak sepatutnya.

Sumber:  Sini 

3 comments:

  1. Salam hormat,

    Pihak kami telah memohon maaf atas kesilapan informasi yang tidak disengajakan dalam laporan kami itu.

    Pembetulan telah dibuat dan kesilapan amat dikesali.

    Harap maklum

    ADMIN
    USIMKINI ONLINE

    ReplyDelete
  2. macam-macamlaa..maafkan aje.

    ReplyDelete
  3. Bagi sy kesilapan ini sangat besar. Kesilapan yang berlaku boleh mendatangkan kemudaratan yang besar. Jika silap informasi, sepatutnya Usimkini harus mendedahkan siapa orang yang sebenarnya menyampaikan informasi tersebut. Jika tidak maklumkan bermakna Usimkini sedang fitnah sesuatu yang tidak benar. MB cabar usimkini buktikan dakwaan dlm dia tu. Bawa orang yang dikatakan mendedahkan perkara itu.

    ReplyDelete