Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Thursday 20 September 2012

TERKINI!!! CALON SAH BERTANDING PRK USIM

Setelah tamat kuliah jam 11 pagi tadi,admin sempat bertanya kabar kawan2 di HEP. Dikatakan telah ramai calon2 yang berdaftar telah menhantar borang penamaan calon mereka di HEP. Seronok dan teruja mendengar cerita tersebut admin terus ke HEP untuk mendapatkan maklumat berkenaan PRK USIM kali ini.

Admin cuba mendapatkan maklumat daripada pihak HEP berkenaan bilangan calon yang telah menghantar borang penamaan namun dimaklumkan oleh salah seorang petugas maklumat tersebut tidak boleh diberikan pada masa ini dan akan dipaparkan selepas tamat waktu penamaan pada jam 3 petang ini. 

Walaubagaimanapun, maklumat tidak rasmi yang diterima daripada kawan2 yang berada di sekitar tempat penamaan tersebut, setakat jam 1130 pagi tadi, seramai 16 orang calon telah menghantar borang pencalonan dengan 7 orang daripada mereka adalah calon kawasan umum dan selebihnya adalah daripada kawasan fakulti. Namun, maklumat berkenaan pecahan mengikut fakulti tidak dapat admin sahkan.

Admin akan mengemaskini maklumat selanjutnya selepas tamat waktu bantahan yang dijadualkan pada jam 330 petang sehingga jam 400 petang.

p/s: Sabar separuh daripada iman.... ;)

No comments:

Post a Comment