Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman
Showing posts with label Kebajikan. Show all posts
Showing posts with label Kebajikan. Show all posts

Saturday, 22 September 2012

POSTER PRK USIM MULA DIGANTUNG

Pagi ni admin sempat ke kampus untuk perbincangan bersama kumpulan berkenaan tutorial. Agak terkejut admin melihat kampus mula dipenuhi dengan poster2 PRK untuk mereka2 yang bertanding. Walaupun malam tadi tidak kelihatan poster2 ini, tetapi pagi ini telah kelihatan posternya dan admin menjangkakan bahawa poster2 ini telah ditampal pada waktu malam tadi. Admin dapat merasakan betapa penat mereka2 yang mengantungkan poster2 ini. Apa pun, calon2 dan wakil calon yang bertanding patut mengucapkan terima kasih kepada mereka2 ini atas usaha dan bantuan mereka menaikkan poster2 tersebut.

Ini antara gambar yang admin ambil. Ini pun pakai kamera telefon sahaja, hehe...

                                           siap ada gambar kereta polis (SUKSIS) lagi







Ini gambar yang admin ambil di kawasan Pusat Keusahawanan Siswa (PKP). Admin akan cuba dapatkan gambar di kawasan2 lain selepas perbincangan kumpulan ;)

p/s:jangan kita melabelkan orang malas dan tidak buat kerja jika kita pun tidak membantu dan merasai apa yang mereka rasa. Bercakap lebih mudah berbanding membuat kerja. Peace, no war!!!


Friday, 21 September 2012

KEMASKINI: SENARAI NAMA CALON PRK USIM 2012

Assalamualaikum semua, hari ini admin cuba sedaya upaya untuk mengikuti perkembangan penamaan calon, seperti yang diperkatakan pada entri yang sebelum ini, lihat sini.

Berdasarkan maklumat  yang dikeluarkan oleh HEP,  4 fakulti sah bertanding, dengan setiap fakulti menghantar 3 orang calon, fakulti tersebut ialah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, dan Fakulti Sains dan Teknologi.

Manakala 4 Fakulti lagi menang tanpa bertanding, fakulti tersebut ialah Pengajian Quran dan Sunnah, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Fakulti Perubatan dan Kesihatan dan Fakulti Pergigian.

Kesemua calon yang menghantar borang penamaan tidak menerima sebarang bantahan daripada mana-mana calon lain atau wakil calon. Senaraikan penuh nama calon yang bakal bertanding di kawasan fakulti dan umum adalah seperti berikut:

Kawasan Fakulti

Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan
Mohamad Rafiq Akhmal Bin Samsuri@Osman
        Noor Syuhadah Bt Sudiro
Muhammad Ali Bin Omar

Fakulti Pengajian Bahasa Utama
       Che Husnirulhuda Binti Hussin
     Nurul Afiah Bt Ab Shukor
      Fatimah Azzahra’ Bt Harolizam     

Fakulti Sains Dan Teknologi
   Muhammad Azizi Bin Alias
  Syed Hafizin Jamil
  Nor Wajihah Bin Atiqullah

Fakulti Syariah Dan Undang-Undang
     Mohamed Rashid Bin Ab Razak
     Mohd Zuhdi Bin Zakaria
    Mohd Syakir Bin Ariffin


Kawasan Umum
Mohd Shabran Syahmi Bin Takhta 
Sawari Bin Mahamad
Nadrahrul Huda Binti Misral
Muhammad Safwan Bin Hamdy
Mohd Shukri Bin Abdul Rahim Piu
Muhamad Amir Hamzah Bin Jamal
Muhamad Nazmin Bin Mohd Yusoff
Mohamad Razif Bin Mmohamad Fuad
Adam Fariz Bin Mohd Zain
Muhamad Suhaimi bin Razali
Sharifah Nurfatin binti Syed Jamal

Manakala bagi fakulti yang menang tanpa bertanding adalah:

Fakulti Ekonomi Dan Muamalat
 Mohamad Izzat Bin Mohd Zafri
         Maisarah Bt Ibrahim

Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
          Atiqah Bt Zakaria
          Mohamad Fairulnizam Bin Mazilan

Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan
      Hanisah Binti Hassan
      Alif Azhan Che Nozid

  Fakulti Pergigian
     Noor Faradzela Bt Mohamad
Mohd Nazrin Bin Mohd Isa

      Kesemua calon akan dibenarkan untuk membuat ucapan dan menerangkan manifesto masing2 pada malam ini di mana satu Majlis Pengenalan Calon akan diadakan di Lobi Kolej Kediaman 1 bermula jam 845 malam. Admin sangat berharap kawan2 dapat turun beramai2 ke KK1 malam ini dan selamat bertanding kepada semua calon yang layak bertanding.

      p/s: pilih calon yang betul2 berkaliber, bukan hanya melihat rupa mereka.... ;)





Thursday, 20 September 2012

TERKINI!!! CALON SAH BERTANDING PRK USIM

Setelah tamat kuliah jam 11 pagi tadi,admin sempat bertanya kabar kawan2 di HEP. Dikatakan telah ramai calon2 yang berdaftar telah menhantar borang penamaan calon mereka di HEP. Seronok dan teruja mendengar cerita tersebut admin terus ke HEP untuk mendapatkan maklumat berkenaan PRK USIM kali ini.

Admin cuba mendapatkan maklumat daripada pihak HEP berkenaan bilangan calon yang telah menghantar borang penamaan namun dimaklumkan oleh salah seorang petugas maklumat tersebut tidak boleh diberikan pada masa ini dan akan dipaparkan selepas tamat waktu penamaan pada jam 3 petang ini. 

Walaubagaimanapun, maklumat tidak rasmi yang diterima daripada kawan2 yang berada di sekitar tempat penamaan tersebut, setakat jam 1130 pagi tadi, seramai 16 orang calon telah menghantar borang pencalonan dengan 7 orang daripada mereka adalah calon kawasan umum dan selebihnya adalah daripada kawasan fakulti. Namun, maklumat berkenaan pecahan mengikut fakulti tidak dapat admin sahkan.

Admin akan mengemaskini maklumat selanjutnya selepas tamat waktu bantahan yang dijadualkan pada jam 330 petang sehingga jam 400 petang.

p/s: Sabar separuh daripada iman.... ;)

TERKINI!!!DIJANGKA HANYA 30 ORANG CALON AKAN BERTANDING MPP 2012


assalamualaikum dan salam perpaduan


Proses pendaftaran calon MPP USIM pada hari ini telah selesai pada jam 4.00 petang tadi. Admin sempat ke Bangunan Hal Ehwal Pelajar untuk mendapatkan maklumat berkenaan bilangan calon yang telah berdaftar untuk bertanding. 

Menurut salah seorang petugas HEP, seramai 5 orang calon tambahan telah mendaftar diri pada hari ini dengan 2 orang calon adalah dari fakulti Pergigian, Kampus Cawangan Pandan Indah dan 3 orang calon lain dari Kampus Nilai. Ini menjadikan semua sekali calon yang mendaftar adalah seramai 30 orang. 

Pecahan calon ayng telah mendaftar adalah :

Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan - 2 orang
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah - 2 orang
Fakulti Pengajian Bahasa Utama - 3 orang
Fakulti Syariah dan Undang-undang - 3 orang
Fakulti Sains dan Teknologi - 3 orang
Fakulti Ekonomi dan Muamalat - 2 orang 
Fakulti Pergigian - 2 orang 
dan 
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan - 2 orang

Manakala bagi calon kerusi umum seramai 11 orang yang telah mendaftar sebagai calon. Berdasarkan statistik ini, hanya 3 fakulti dijangka bertanding dan 5 fakulti tiada pertandingan jika kesemua calon yang mendaftar menghantar borang semasa penamaan pada esok hari. Penamaan dijangka dibuka seawal jam 9.00 pagi dan tamat jam 3.00 petang. 

Admin akan cuba mendapatkan maklumat calon yang sah bertanding secara terperinci esok. Manakala pada sebelah malam esok, akan diadakan sesi pengenalan calon yang akan diadakan di Kolej Kediaman 1 pada jam 845 malam. Adalah diharapkan para pelajar USIM agar dapat turun beramai-ramai untuk mendengar manifesto serta melihat sendiri kebolehan para calon MPP pada tahun ini.

p/s:jom ramai2 kita turun memeriahkan Malam Pengenalan Calon esok malam.... :)

Wednesday, 19 September 2012

Hanya 25 orang mendaftar calon MPP USIM (19 Sept)

Pendaftaran calon MPP USIM bermula hari ini. Waktu pendaftaran dibuka seawal jam 9 pagi dan ditutup tepat jam 4 petang. Hasil pemantauan admin semasa pendaftaran calon pada waktu pagi dan  petang, kelihatan ramai bakal2 calon bersama pencadang dan penyokong mereka yang sedang mendaftarkan menunggu dan berbincang sesama mereka.


                                 Beberapa orang pelajar sedang menunggu dan melihat notis

                                         Bakal calon sedang memasuki tempat pendaftaran

                                                            Selesai pendaftaran

Menurut seorang kakitangan HEP, En. Mohd Hazrul Fareeza Harun, setelah sesi pendaftaran pada hari ini ditutup pada jam 4 petang tadi, seramai 25 orang calon telah mendaftar untuk bertanding dengan pecahan 16 orang calon bertanding di peringkat Fakulti dan 9 orang calon bertanding di peringkat umum.  Namun begitu, menurut beliau lagi, bilangan ini mungkin akan bertambah disebabkan pendaftaran calon masih lagi dibuka esok (20 Sept) dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang, sungguh pun begitu, pendaftaran hari ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Beliau juga menyatakan bilangan pelajar yang mendaftar sebagai calon ini belum tentu menjadi calon MPP jika tidak menghantar borang pendaftaran pada hari penamaan calon yang dijadualkan diadakan pada hari Jumaat (21 Sept) ini. Admin akan cuba mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai PRK USIM 2012 ini.

p/s: tak sabar untuk memilih MPP untuk tahun ini. :)

Friday, 14 September 2012

KONTROVERSI: USIMKINI DAN KESAHIHAN MAKLUMAT

Admin rasa baru je lagi blog yang pernah admin postkan entry Usimkini yang pernah menimbulkan kekecohan suatu masa dulu di USIM dengan berita dan maklumat yang tidak dapat disahkan sumber beliau. 

Kali ni blog sama masih menimbulkan kontroversi lagi dengan menggunakan nama orang yang tidak pernah ditemuramah dalam entry beliau. 

"Menurut seorang bekas ahli jentera HEP yang hanya mahu dikenali sebagai Bari, pertemuan tertutup sebegitu merupakan rutin biasa yang dilakukan oleh pihak HEP di semua kampus bertujuan sebagai program penerangan tentang aspirasi kepimpinan pelajar dan dianggap proses 'saringan' awal untuk bakal-bakal calon."

Lihat sendiri kesahihan daripada pemunya badan yang jelas kecewa dengan kaedah Usimkini.

Menggunakan nama saya dalam berita anda mengecewakan saya. Tiada perbualan atau seumpamanya antara saya dengan krew UsimKini mengenai Pilihan Raya Kampus.Slogan "Telus, Berani dan Benar" sekadar omongan kosong. Harap pihak UsimKini mengambil berat akan berita yang disampaikan dan bertepatan dengan slogan anda." ibnurani

Apa pun, hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku. Semoga admin blog tersebut dapat memberikan kita semua maklumat yang benar seperti  slogannya, "Telus, Berani dan BENAR" supaya tidak timbul fitnah dan memburuk2kan orang yang tidak sepatutnya.

Sumber:  Sini 

JOM JUMPA NC



Salam semua...hari ni admin ada sikit pengumuman..harap maklumat ini dapat disebarkan dalam kalangan mahasiswa usim.


Admin harap orang yang suka mempertikaikan dan mempersoalkan isu2 di dalam USIM boleh la turun ramai-ramai yer..... :)

 jom jumpa NC
banyak benda boleh  kong-c

 sumber: klik sini dan sini

Thursday, 13 September 2012

MB Negeri Sembilan Menasihati Siswa/i USIM

SEREMBAN 11 Sept. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu semua mahasiswa di negeri ini cekal dalam menimba ilmu, tidak bersikap hipokrit dan mementingkan diri sendiri.

Kata beliau, asas menjadi cemerlang adalah ilmu dan sebab itu mahasiswa perlu mencari sebanyak mungkin ilmu bukan sahaja berkaitan duniawi tetapi akhirat.

"Belajar betul-betul, kerana sekarang ini ramai orang yang berpelajaran tetapi tiada ilmu. Jadi dalam masa kita belajar, kita cari juga ilmu untuk kehidupan," katanya di Nilai, dekat sini baru-baru ini.
Mohamad berkata demikian pada majlis penyampaian ucapan amanat dan menerima lafaz aku janji pelajar baru sarjana muda sempena Hari Taaruf Sesi Akademik 2012/2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Stadium Tertutup Nilai.

Tambah Mohamad, kejayaan bukan milik seorang tetapi milik semua dan atas hakikat itu setiap pelajar hendaklah bersama-sama membina keyakinan mencapai kecemerlangan.
"Kita mesti ada keyakinan diri dan hendaklah berada pada tahap yang tinggi kerana ini akan membantu untuk berjaya. Jangan berasa rendah diri atau terlalu mudah mengaku kalah.

"Biarlah kita dari kampung sekali pun, kejayaan tetap bersama kita," tegas Mohamad.
Katanya, menjadi hasrat beliau melihat generasi yang akan mengurus tadbir negeri dan negara kelak mempunyai jati diri yang kuat, ilmu yang baik dan bermanfaat kepada masyarakat.
"Kita tidak mahu pengganti kelak yang ada ilmu merosakkan masyarakat, agama, bangsa dan negara. Janganlah kita belot dan merosakkan tangan yang memberi kita makan.

"Jangan berpecah, jaga bangsa, agama dan tanah air ini supaya ia kekal aman dan sejahtera," kata Mohamad.
Pada sesi akademik 2012/2013 ini seramai 1,908 mahasiswa baru mendaftar mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan di USIM.

Sumber


TARIKH PRK USIM 2012 TELAH TERJAWAB

Setelah ramai orang dan juga blog2 hangat memperkatakan mengenai Pilihanraya Kampus atau dikenali sebagai PRK. Baru tengahari tadi admin postkan entry berkenaan Notis Semakan Daftar Pemilih Pemilihan MPP USIM 2012 ni admin terpaksa post kan lagi sekali entry berkenaan PRK ini.

Mungkin sebab ramai sgt kot blog2 dan juga laman2 sosial yg suka menghangatkan isu ini lalu admin turut berminat untuk  terus bercakap mengenai PRK ini. Ini antara notis terbaru yang admin sempat tengok n ambil gambar masa admin ada urusan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Sumber

                                                  Notis ini pun dalam dwi bahasa juga.

                                     Notis Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar USIM 2012

                                             sila klik atas gambar untuk lebih jelas

Admin tau mesti ramai juga yang tak dapat tengok sgt gambar yang telah dipostkan ini. So, ini adalah summary apa yang dinyatakan di dalam notis tersebut:

19 dan 20.9.2012 - Pendaftaran Calon 
                  Masa    :9.00 Pagi - 4.00 Petang
                  Tempat :Bilik Mesyuarat Persatuan/Kelab Pelajar, HEP (Kampus Nilai)
                                Bilik Unit Teknologi Makluman, ARas 9 (Kampus Pandan)
21.9.2012              - Penamaan Calon  
                  Masa   :9.00 Pagi - 3.00 Petang
                  Tempat :Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2 , HEP (Kawasan Umum)
                              Bilik Mesyuarat Persatuan/Kelab Pelajar, Aras 1, HEP (Kawasan Fakulti)
 25.9.2012 - Pengundian
                Masa  : 9.00 Pagi - 5.00 Petang (Kampus Nilai)
                              8.00 Pagi - 4.00 Petang (Kampus Pandan) 

So itu je summary yg admin mampu taipkan semula. dan admin pun rasa hanya itu shj yg penting kot. So teka teki bila PRK USIM dah pun terjawab. SAYONARA......









Wednesday, 12 September 2012

DIA MUNCUL KEMBALI MENIMBULKAN PERSOALAN

Satu blog yang telah lama hilang telah kembali semula dihidupkan. Blog ini suatu ketika dulu pernah menimbulkan kontroversi dan spekulasi yang menyebabkan ianya telah ditutup oleh admin portal itu sendiri. Namun sekarang ianya kembali berwajah baru dengan logo dan semangat yang baru untuk menyampaikan berita/maklumat kepada pelajar Kampus USIM dengan telus, berani dan benar.Bukan sekadar blog, portal ini juga mempunyai akaun dalam rangkaian laman sosial yang terkenal iaitu Facebook. klik sini




Tahniah admin ucapan kepada portal berita alternatif itu yang mana admin sendiri pun masih tertanya-tanya siapakah wartawan-wartawan dari portal tersebut. Admin telah melwat blog tersebut dan pandangan admin berkenaan blog tersebut adalah sangat menarik. cuma nasihat admin, jangan terlalu beria-ia menyampaikan sesuatu berita itu sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan warga kampus USIM ini. Belajar dari pengalaman lepas. Setiap berita yang ingin disampaikan biarlah mempunyai sumber yang sahih dan tidak hanya menggunakan nama samaran/tidak ingin dikenali dan sebagainya. Jika sumber tidak tepat, ia akan menjadi fitnah dan menimbulkan lebih banyak perkara buruk berbanding perkara baik.

p/s: Tahniah sekali lagi admin ucapan kepada pengendali blog tersebut. Admin memberi nasihat kepada diri admin sendiri. :)

Penyerahan KADS1M kepada pelajar USIM 14 September 2012

Assalamualaikum W.B.T.

Ramai kwn2 admin dk bertanya bkenaan KADS1M yg mana telah dilancarkan oleh TPM Malaysia, kalau xsilap admin pertengahan tahun ini. Ada yg dk bertanya apa keistimewaan kad ni,dan macamana kad ni berfungsi. So mlm td admin pn buat la sedikit reasearch apa kebenda KADS1M nih.

Ni antara bnde yg admin dapat dari internet pasal benda alah tu.


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
- mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas).
- pengajian sepenuh masa.
- warganegara Malaysia.
Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.

kalau kwn2 nk maklumat lanjut, sila klik sini dan boleh tengok maklumat2 kat dalam tu.

Cuma kat USIM ni admin dgr penyerahan kad secara rasmi akan dilakukan pada 14 September 2012 kat DKU FPQS. itu apa yg admin dgr n dapat dari laman web USIM. sumber

p/s: admin bersyukur dapat kemudahan ni dan akan guna kemudahan yg dah disediakan sebaik mungkin. sape yg xsuka kerajaan n kata kerajaan ni zalim dan sebagainya tu, jgn pula buat muka x malu nk guna kemudahan2 ni semua :p

Thursday, 29 March 2012

ENTITI KEBAJIKAN MPP USIM dan JPPP USIM, jalan @ tidak jalan ni???


Penting atau PENTINGKAN DIRI???

Kebanyakan manusia menilai seseorang, menghukum seseorang dengan mudah dan persepsi ini memberi erti yang berbeza berasaskan asas pancaindera yang kabur dari yang nyata.

Sesetengah manusia, yang khususnya NILAI USIM boleh melabelkan sebagai seorang “MAHASISWA” tahu akan diri mereka dengan berkondisikan apa dan bagaimana mereka , maksud mudah “KENAL DIRI LA”, Tetapi ada segelintir “MAHASISWA” ini tidak dapat mentafsir kondisi mereka dengan pemikiran yang kreatif, kritikal atau sebaliknya.

Perkara inilah yang perlu ada pada seorang pemikir dan seorang pemimpin KAMPUS pada masa kini, Bukan asyik nak sergah je macam “nyamuk diluar kelambu”. Setiap sudut ada RULE, “jangan nak tembus je kalau tiada fakta”.

Mungkin sedar, isu berkenaan “PEDULIKAH KITA” di Palestin dan Syria pada post yang lepas Tetapi sejauh mana kesedaran ini memberi erti pada setiap kali kesedaran itu timbul…1 minit?, 10 minit?, atau hanya 1 saat???.

Post kali ini berkenaan penting atau pentingkan diri???. Dah 2 Tahun menganalisis isu ini dan kali ini NILAI USIM nak berkongsi, bak lirik lagu izzat hamdan…mana ooo mana…mana perginya “ ENTITI UNTUK MENJAGA KEBAJIKAN MAHASISWA”. hanya kat paperwork je ke….

Baru-baru ini “MAHASISWA” di kejutkan dengan berita yang sangat dahsyat dan menyedihkan. Kes rompakan yang berlaku pada “MAHASISWI” di kediaman rumah SEWA di sekitar NILAI. Mungkin bagi yang baru mengetahui ia adalah sangat dahsyat tetapi setakat mana kebertanggungjawaban seorang MPP yang dulunya mahu membela nasib kebajikan “MAHASISWA”??? 

NILAI USIM tahu malang memang tidak berbau tetapi usaha yang dulunya semangat hanya tinggal “angan-angan tahi ayam”. kalau tak silap NILAI USIM, sejak zaman MPP 2010/2011 YDP Saudara Helmi lagi isu ini nak diperjuangkan di bantu kuat oleh Saudara Abdullah Long yang kononnya ia dapat membantu “MAHASISWA” dalam isu kebajikan mereka di luar kampus. Tetapi apa yang berlaku seperti peribahasa menyebut “seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’.

Pihak pengurusan Universiti sudah meluluskan Entiti ini untuk melaksanakan dasar kebajikan yang ditafsirkan oleh mereka-mereka ini sehinggalah zaman MPP 2011/2012 YDP Saudara Ibrahim Hussin menyambung untuk mengaktifkan semula Entiti ini. Namun, apa yang berlaku, seperti tidak ada apa yang berlaku…Hanya yang diperjuangkan AUKU AUKU DAN AUKU….isu kebajikan “MAHASISWA” pun tak dapat nak BELA..ini nak bela AUKU..??? apa niii…..

Tentukanlah yang mana perlu didahulukan wahai MPP sekalian…ke mana kepimpinan MPP yang sebenar?? adakah hanya pada nama atau “POPULARITI”???haaa…nak popular la tuuu..

sedikit cebisan dari kejadian rompakan rumah pelajar.

‎"Gerigi besi dipotong, pintu dikopak, diacukan parang dan pisau di leher kami, alhamdulillah kami tidak dibunuh dan dirogol sebab mengikut kata polis selalunya kejadian rompakan sebegini mangsa akan dibunuh. Laptop, duit barang kemas semuanya kami x kisah tp nyawa, hanya TUHAN je tahu waktu 2"- kata seorang mahasiswi USIM yang rumahnya dirompak pagi semalam


Sekarang ini JPPP pula nak menyambung perjuangan yang katanya penting tapi pentingkan diri bukan pentingkan “MAHASISWA” dahulu pun. MPP ke JPPP??? Tengoklah siapa yang lebih hebat…
Nilai sendiri la kawan-kawan ku semua…