Kali ni blog sama masih menimbulkan kontroversi lagi dengan menggunakan nama orang yang tidak pernah ditemuramah dalam entry beliau.
"Menurut seorang bekas ahli jentera HEP yang hanya mahu dikenali sebagai Bari, pertemuan tertutup sebegitu merupakan rutin biasa yang dilakukan oleh pihak HEP di semua kampus bertujuan sebagai program penerangan tentang aspirasi kepimpinan pelajar dan dianggap proses 'saringan' awal untuk bakal-bakal calon."
Lihat sendiri kesahihan daripada pemunya badan yang jelas kecewa dengan kaedah Usimkini.
Menggunakan nama saya dalam berita anda mengecewakan saya. Tiada perbualan atau seumpamanya antara saya dengan krew UsimKini mengenai Pilihan Raya Kampus.Slogan "Telus, Berani dan Benar" sekadar omongan kosong. Harap pihak UsimKini mengambil berat akan berita yang disampaikan dan bertepatan dengan slogan anda." ibnurani
Apa pun, hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku. Semoga admin blog tersebut dapat memberikan kita semua maklumat yang benar seperti slogannya, "Telus, Berani dan BENAR" supaya tidak timbul fitnah dan memburuk2kan orang yang tidak sepatutnya.
Sumber: Sini