Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Monday, 10 September 2012

MUET dan USIM

Alhamdulillah,syukur diucapkan kepada Allah SWT kerana kita masih lg bernafas dan meneruskan kehidupan kita semua hari ini.

Lama ML menyepi dari mengemaskini blog ML ni,biasalah rutin ML tiap kali bulan puasa,membantu ayanda dgn bonda di bazar Ramadhan. Rasanya xtlewat lg kot ML nk ucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir n Batin jika ada tsasul n tlanjur kata spanjang ML menulis ni.

Post Kali ni ML ingin menulis berkenaan MUET. ML mendapat byk pertanyaan n pandangan berkenaan isu ni yg blegar di kalangan mahasiswa USIM. Ramai yg menyatakan rasa kesian kpd bakal graduan tahun ni disbbkan pihak Pengurusan USIM telah menetapkan hanya MUET Band 3 dan ke atas shj yg bakal bergraduat tahun ini. ML turut bersimpati dgn senior2 ML yg msh blum lulus MUET band 3 dan tidak dpt bergraduasi tahun ni. Bg ML,ML ada pandangan ML sendiri. ML setuju dgn kputusan pengurusan USIM tersebut. ML tau, ramai yg tidak bsetuju dgn pandangan ML ini dan akan mengatakan ML seorg yg kaki bodek dan pro universiti. Tp ML ada alasan ML sndiri kenapa ML setuju dgn keputusan ini. MUET

Kalau xsilap ML, tahun ini USIM akan mengeluarkan bakal graduan utk kali ke-10. Dan slama 9 tahun ini,pengurusan USIM telah membenarkan graduan2 yg tidak mdapat MUET Band 3 bergraduasi. sampai bila USIM ingin mengeluarkan graduan yg hanya mampu bergraduat dgn kelulusan khas dari pihak universiti?! sampai bila universiti perlu memberi peluang kepada para pelajar ini?! ML rasa mmg sudah sampai masanya pihak universiti bertegas tentang isu ini. ML sndiri pun ingin melihat kwn2 ML tidak kira senior atau junior ML dapat bergraduat atas hasil usaha sndiri dan bukan dgn mendapat simpati untuk bergraduat. ML sndiri juga masih MUET Band 2 dan masih berusaha untuk mendapat Band 3. ML rasa ini adlah tanggungjawab ML sndiri utk berusaha mndapat MUET Band 3.

Walaupun begitu, jauh di sudut hati ML, ML juga berharap agar pihak universiti dapat melihat semula keperluan dan syarat pengijazahan MUET Band 3 ini. Mungkin pihak universiti boleh memikirkan alternatif selain MUET untuk meningkatkan mutu bahasa inggeris para mahasiswa USIM yang rata-ratanya datang dari sekolah-sekolah agama seluruh negara. Atau mungkin MPP perlu memainkan peranan mereka untuk berbincang dan memberi cadangan yang lebih ideal sebagai wakil pelajar kepada pihak Universiti dan tidak hanya mendengar rintihan pelajar tanpa menyelesaikannya. Mahasiswa lain juga mungkin boleh membantu dengan sumbagan atau idea yang lain untuk mengatasi masalah MUET ini.

ML hanya menyampaikan suara senior2 ML yg banyak meluahkan rasa di dinding-dinding facebook dan sbgnya. ML tidak memihak kepada mana-mana pihak. Ini hanyalah pandangan sahaja. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. :)

3 comments:

  1. perbanyakkan lagi corak subjek english di USIM. insyaallah itu dapat membantu..
    and try change our life better :)

    congrate to USIM!

    ReplyDelete
  2. Tahap komunikasi dan penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah merupakan faktor utama siswazah tempatan gagal mendapat pekerjaan sesuai sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian.
    Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Ab Rahim Md Noor berkata faktor itu diakui dan sering kali dibangkit kalangan industri pekerjaan di negara ini.
    "Pelajar kita ini, dari segi periksaan mereka bagus, tetapi dari segi penguasaan dan komunikasi mereka lemah. Mereka boleh menjawab soalan, tetapi bercakap, temu duga, ceramah tidak sampai tahap yang memuaskan. Kita harap kita akan memperkasa penguasaan bahasa Inggeris ini.
    Syabas USIM yang menetapkan Band 3.

    ReplyDelete