MACHANG - “Melayu (muslim) lebih berhak, sebab ia majoriti,”kata
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz ketika ditanya
mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa untuk berjuang
bagi memastikan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri di negara ini.
Anak kepada Mursyidul Am Pas itu menegaskan berdasarkan situasi semasa
negara, hanya orang Melayu dan Islam sahaja yang berhak menjadi pemimpin
nombor satu negara.
“Dalam konteks semasa orang Melayu dan muslim lebih berhak sebab
majoriti tetapi asas dalam sebuah kerajaan Islam pemimpin seorang
muslim, bangsa tidak kira, kalau Karpal sebut mengenai bangsa tidak
kisah tetapi bukan Islam jadi Perdana Menteri kita tolak.
“Kita sebut dalam konteks semasa Melayu lebih layak sebab ia majoriti,
ini tanah Melayu,” katanya ketika ditemui selepas Muktamar Dewan Ulama
Pas Kelantan di Markas Dewan Ulama Pas di sini semalam.
Karpal sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan terus berjuang bagi
memastikan bukan Melayu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dengan
alasan tiada undang-undang yang menghalang orang bukan Melayu untuk
memegang jawatan tersebut.
Nik Abduh bagaimanapun berkata kenyataan Karpal itu tidak akan
menjejaskan sokongan rakyat kerana umum mengetahui pendirian dan
tindakan tanduk Karpal sebelum ini yang lebih suka mengeluarkan
kenyataan bersifat peribadi.
“Kita melihat ia tidak memberi kesan sebab benda ini telah berulang,
Rakyat sudah tahu pendirian Pas dengan kenyataan Karpal, kenyataan
Karpal memang bercanggah dan apa-apa kenyataan Karpal pun tidak akan
jejaskan sokongan rakyat terhadap Pas pada pilihan raya umum nanti,”
katanya.
dipetik dari sinar harian
No comments:
Post a Comment