Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Monday, 2 April 2012

dimanakah kewarasan akal, apabila PTPTN dihapuskan?

Kepada “MAHASISWA” yang NILAI USIM hormati sekalian. Bila berbicara berkenaan dengan USAHA dan PENGORBANAN menjadi “MAHASISWA” ini terlalu besar ertinya berbanding dengan orang yang tidak mempedulikan soal ILMU itu sendiri. Pada dasarnya ILMU ini suatu pemberian kepada sesiapa yang menghendakinya atas tujuan “TAQWA” kepada ALLAH. Orang yang bertaqwa banyak amalannya berdasarkan ILMU yang di dalami samada sekecil ILMU hinggalah sebesar ILMU itu sendiri diamalkan.

Seorang “MAHASISWA” yang sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit dikira suatu PENGORBANAN yang besar pada seseorang “MAHASISWA”. Bayangkan jika pada zaman PERDANA MENTERI PERTAMA ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN AL-HAJ pendidikan amat di kira suatu yang luar biasa bagi yang mencari ILMU di Sekolah-Sekolah dan di Universiti-Universiti yang ada pada masa itu. Pemberian bantuan kewangan, pinjaman dan sebagainya amat sukar di capai oleh segelintir “MAHASISWA” samada dari Sekolah Rendah hinggalah Universiti.

Perjuangan tanpa mengharapkan balasan hanya kerana mahu membela NEGARA daripada dikecam oleh masalah-masalah yang berlaku pada masa itu. Tetapi pada masa yang serba moden ini, pengharapan “MAHASISWA” dalam mencari bantuan, pinjaman dan sebagainya menjadi suatu ISU yang boleh dikira hanya mainan agenda-agenda PIHAK TERTENTU dalam menonjolkan kesalahan sesuatu pihak.

Contohnya KERAJAAN pada hari ini, sememangnya memberikan pendidikan PERCUMA sehingga ke peringkat sekolah menengah dengan adanya pemberian buku pinjaman atau skim pinjaman buku teks di sekolah-sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah. Usaha yang di buat oleh kerajaan adalah bagi membantu pelajar-pelajar yang tinggal di luar bandar dan bandar menikmati suasana belajar dengan keselesaan, saksama dan bukannya dengan bebanan.

Selain itu, KERAJAAN memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk bersaing dalam pelajaran mereka agar dapat menyambung pelajaran di peringkat IPTA. Mungkin PIHAK TERTENTU memandang rendah atas dasar bantuan ini kerana kalau bukan KERAJAAN lah yang memberikan semua ini dalam bentuk skim pinjaman siapa lagi nak bagi kepada pelajar-pelajar sekolah??? Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kalau tidak KERAJAAN siapa lagi nak membantu mereka??? mahukah melihat mereka ini tidak di bela dan dibiarkan nasib tidak menyebelahi mereka??? FIKIRKANLAH jangan jadi macam peribahasa ini “sudah terantuk baru tengadah” . Perlu ada timba balik bila buat sesuatu.

Jika diperingkat IPTA kenapa diberikan pinjaman PTPTN ia adalah kerana KADAR yang diberikan oleh KERAJAAN untuk memberi galakkan dan lebih kepada usaha “MAHASISWA” dalam pelajaran mereka tambahan lagi bagi memudahkan mereka menyambung pelajaran di peringkat tinggi. Selain itu, membantu “MAHASISWA” dari segi perbelanjaan seharian, ia bukan duit pinjaman yang perlu disalahgunakan untuk membeli barang-barang yang tidak perlu seperti HANDPHONE, BAJU BERJENAMA dan sebagainya.

Melalui PTPTN ianya hanya meliputi ¼ sahaja yuran dan yang selebihnya membantu “MAHASISWA” dalam urusan seharian. Adakah itu pun dikira membebankan “MAHASISWA”??? Isu yang selalu di gembar gemburkan PIHAK TERTENTU berkenaan dengan pembayaran semula selalu bermain difikiran “MAHASISWA”. Cuba bayangkanlah walaupun KERAJAAN meminta untuk dibayar lebih dari pinjaman yang MAHASISWA dapat TANPA ADA CAGARAN BAYARAN, DEPOSIT dan sebagainya. Tidak akan dapat “MAHASISWA” menikmati pinjaman PTPTN ini dengan sesuka hati dan diberikan syarat.

Memang PIHAK TERTENTU berkata ia duit RAKYAT dan HAK RAKYAT tetapi kalau dah ramai yang KERAJAAN bagi pinjaman tu…tidak kah berasa ia strategi KERAJAAN dalam timba balik pemberian yang diberikan??? Ok kalau susah sangat dan tak nak membebankan JANGAN MOHON PTPTN…NILAI USIM cabar kepada sesiapa yang banyak sangat mempersoalkan isu ini dan jangan pinjam PTPTN…so, tak menyusahkan dan membebankan dan perlu di ingatkan sifat pinjaman PTPTN, ia bukan DIWAJIBKAN utk diambil tetapi ia adalah PILIHAN.

Negara maju seperti US, UK dan Australia juga mengenakan YURAN pada pelajar UNIVERSITI Cuma yang membezakan tempat dan keadaan. Jangan lihat Malaysia sahaja ada pinjaman, Negara luar pun sama seperti Negara Sweden, Norway dan Denmark beri pendidikan percuma TETAPI mengenakan cukai yang “TINGGI” kepada RAKYAT dan tiada SUBSIDI. NILAI USIM nak Tanya..RAKYAT SEMUA nak ke macam tu lebih-lebih lagi “MAHASISWA” yang berada di IPTA tempias dengan perkara ini??? Beruntunglah tinggal di MALAYSIA dah la dapat pinjaman bagi yang BERKEMAHUAN je, SUBSIDI lak dapat macam gula,tepung, minyak dan lain-lain lagi. Alhamdulillah…..

PIHAK TERTENTU kalau nak tau lah segala akses pendidikan tinggi untuk semua rakyat tiada yang berkecuali. Tengok sahaja yuran pengajian di Malaysia murah dan sebab itulah kerap kedengaran di awal-awal semester “MAHASISWA” mudah je kuarkan duit PTPTN dan disalah gunakan dengan membeli handphone dan sebagainya….maaf lah kalau NILAI USIM salah sangka sikit atau tersilap….

Untuk akhirnya, sekiranya “MAHASISWA” berjaya mendapat UPPER CLASS, maka ia akan menjadi BIASISWA, sekaligus tak perlu bayar semula PTPTN…so,belajar lah rajin-rajin ye lagi-lagi PIHAK TERTENTU yang sibuk sangat nak mempersoalkan ISU ni…NILAI USIM cuba untuk bersangka baik je…….

No comments:

Post a Comment