السلام عليكم ورحمة الله وبركته
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
ML masih lagi cuba menarik perhatian mahasiswa berkenaan isu MANSUH PTPTN. Isu PEMANSUHAN PTPTN ini mejadi fokus nasional apabila parti politik PAKATAN RAKYAT (PR) telah membuat satu janji kepada semua mahasiswa berkenaan pemansuhan PTPTN ini jika mereka berjaya memerintah negara ini. Suka ML nyatakan disini, setelah janji ini dibuat golongan manakah yang pertama sekali menyahut dan percaya dgn semua janji2 ini? tidak lain dan tidak bukan, golongan2 ini adalah dikalangan mahasiswa2 ini
Mahasiswa2 ini jugaklah yang sebelum2 ini mendatangkan masalah dan pelbagai demonstrasi sehingga menjadikan kita sebagai mahasiswa dilabel sebagai mahasewel. macam mana tidak, lihat sahaja aksi2 mereka ini.
Ada lagi yang best siap bergasak dgn penguatkuasa lagi apabila diminta untuk bersurai dan tidak bkhemah di dataran merdeka.
mahasiswa tgk lah sendiri. perjuangan mereka ini yang sebelum2 ini dikatakan tiada kaitan dgn parti politik tapi apabila parti politik PR membuat janji kenapa mereka ini yang lebih bersemangat dan teruja? jika tiada kaitan dgn parti politik kenapa harus anda semua pergi melalak dan melolong di dataran merdeka dan tidak memperjuangkan perkara yang anda sendiri fikir? ini adalah bukti kukuh penglibatan parti politik dalam perjuangan mahasiswa2 ini.
ML:perjuangan kita sepatutnya adalah mencari ilmu dengan penuh takwa kepada Allah. Menghormati pemimpin dan guru2 adalah perlu untuk mendapat keberkatan ilmu itu.
No comments:
Post a Comment