Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Monday 11 June 2012

EKSLUSIF!!!! YB kawasan Nilai turun Padang...!? Selesaikan Isu Jalan Maut!!!

Asssalamualaikum W.B.T dan salam 1Malaysia. Tengah ML lepak-lepak ni, ML didatangi seorang hamba Allah yakni kawan ML sendiri dan menunjukkan 1 video yang dibuat oleh mahasiswa USIM. Lama ML meneliti dan melihat video tersebut. Ingatkan ada satu je, tapi rupanya banyak lagi video yang membincangkan isu yang sama dibuat oleh insan yang sama. 





ML memuji kawan ML ini yang rajin dan cuba menyelesaikan isu siswa/i adik-adik beliau yang sedang belajar di USIM. Video yang ML maksudkan adalah video yang membincangkan tentang isu 'jalan maut ke USIM'...seram jugak ML mendengar tajuk video itu. Alhamdulillah dan terima kasih ML ucapkan pada siswa tersebut sebab sudi "turun padang" menyelesaikan masalah-maasalah siswa/i usim walaupun sekarang ini musim peperiksaan akhir sedang berjalan tapi siswa ini sudi meluangkan masa menerangkan 'jalan maut' tersebut.

Yang ML lagi kagum dengan siswa ini, beliau nampaknya menghasilkan video ini secara berseorangan tanpa bantuan kawan2 siswa/i yang lain. Sekali lagi ML ucapkan syabas dan tahniah dengan video2 yang dihasilkan oleh beliau, tapi dalam pada masa yang sama, ML melihat yang siswa ini macam syok sendiri dlm menyampaikan mesej beliau kepada pihak berwajib. Kenapa?! Sebab tiada satu pun fakta atau seumpamanya dinyatakan dalam video ini. Semua nampak macam beliau merencanakan video ini tanpa menyelidiknya terlebih dahulu. 

Sudahnya, ML tengok benda ini macam tiada sebarang faedah.....tolongla selidik dulu sesuatu isu sebelum nak dikeluarkan sebagai satu benda yang nampak ingin menyelesaikan masalah tapi sebenarnya menambahkan masalah..... Jangan cuba ingin menjadi YB yang sukakan publisiti murahan, tapi jadilah seorang siswa yang memberi bantuan kepada semua.

7 comments:

  1. terima kasih sudi komen...

    saya tak nampak tang mana tak faedahnya video ni.. agaknya saudara tak kisah kemalangan maut mahasiswa hadapai skrg ni..

    Saya harap dpt bertaaruf dgn saudara.. Melayu lama..

    ReplyDelete
  2. sape hg ni ha??ak nk knai la

    ReplyDelete
  3. assalam, sekurag2nya ad ush sdkit berbanding tiada...
    Hadis Nabi SAW " Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan saudaranya yang lain, maka ia bukanlah dari golonganku"
    dan juga, dalam surah al hujurat ayat 10 "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, ... " wallahualam

    ReplyDelete
  4. aslmkum, apa yg xberpekdahnya?memuji vs mengeji. skurang2 berusaha walau xseberapa. rujuk balik sirah nabi ibrahim dan burung pipit. kebajikan itu perlu diutamakan bro!

    ReplyDelete
  5. Anda tergolong dalam orang yang hanya pandai mengkritik, tetapi tidak reti memberi alternatif.

    ReplyDelete
  6. kesian dgn pemilik blog ni... akal x panjang... dudok membodooooooooo gtu aje.. pastu melalak... ceh! semoga ko mendapat hidayah utk berubah bro!

    ReplyDelete