Penting atau PENTINGKAN DIRI???
Kebanyakan manusia menilai seseorang, menghukum seseorang dengan mudah dan persepsi ini memberi erti yang berbeza berasaskan asas pancaindera yang kabur dari yang nyata.
Sesetengah manusia, yang khususnya NILAI USIM boleh melabelkan sebagai seorang “MAHASISWA” tahu akan diri mereka dengan berkondisikan apa dan bagaimana mereka , maksud mudah “KENAL DIRI LA”, Tetapi ada segelintir “MAHASISWA” ini tidak dapat mentafsir kondisi mereka dengan pemikiran yang kreatif, kritikal atau sebaliknya.
Perkara inilah yang perlu ada pada seorang pemikir dan seorang pemimpin KAMPUS pada masa kini, Bukan asyik nak sergah je macam “nyamuk diluar kelambu”. Setiap sudut ada RULE, “jangan nak tembus je kalau tiada fakta”.
Mungkin sedar, isu berkenaan “PEDULIKAH KITA” di Palestin dan Syria pada post yang lepas Tetapi sejauh mana kesedaran ini memberi erti pada setiap kali kesedaran itu timbul…1 minit?, 10 minit?, atau hanya 1 saat???.
Post kali ini berkenaan penting atau pentingkan diri???. Dah 2 Tahun menganalisis isu ini dan kali ini NILAI USIM nak berkongsi, bak lirik lagu izzat hamdan…mana ooo mana…mana perginya “ ENTITI UNTUK MENJAGA KEBAJIKAN MAHASISWA”. hanya kat paperwork je ke….
Baru-baru ini “MAHASISWA” di kejutkan dengan berita yang sangat dahsyat dan menyedihkan. Kes rompakan yang berlaku pada “MAHASISWI” di kediaman rumah SEWA di sekitar NILAI. Mungkin bagi yang baru mengetahui ia adalah sangat dahsyat tetapi setakat mana kebertanggungjawaban seorang MPP yang dulunya mahu membela nasib kebajikan “MAHASISWA”???
NILAI USIM tahu malang memang tidak berbau tetapi usaha yang dulunya semangat hanya tinggal “angan-angan tahi ayam”. kalau tak silap NILAI USIM, sejak zaman MPP 2010/2011 YDP Saudara Helmi lagi isu ini nak diperjuangkan di bantu kuat oleh Saudara Abdullah Long yang kononnya ia dapat membantu “MAHASISWA” dalam isu kebajikan mereka di luar kampus. Tetapi apa yang berlaku seperti peribahasa menyebut “seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’.
Pihak pengurusan Universiti sudah meluluskan Entiti ini untuk melaksanakan dasar kebajikan yang ditafsirkan oleh mereka-mereka ini sehinggalah zaman MPP 2011/2012 YDP Saudara Ibrahim Hussin menyambung untuk mengaktifkan semula Entiti ini. Namun, apa yang berlaku, seperti tidak ada apa yang berlaku…Hanya yang diperjuangkan AUKU AUKU DAN AUKU….isu kebajikan “MAHASISWA” pun tak dapat nak BELA..ini nak bela AUKU..??? apa niii…..
Tentukanlah yang mana perlu didahulukan wahai MPP sekalian…ke mana kepimpinan MPP yang sebenar?? adakah hanya pada nama atau “POPULARITI”???haaa…nak popular la tuuu..
sedikit cebisan dari kejadian rompakan rumah pelajar.
"Gerigi besi dipotong, pintu dikopak, diacukan parang dan pisau di leher kami, alhamdulillah kami tidak dibunuh dan dirogol sebab mengikut kata polis selalunya kejadian rompakan sebegini mangsa akan dibunuh. Laptop, duit barang kemas semuanya kami x kisah tp nyawa, hanya TUHAN je tahu waktu 2"- kata seorang mahasiswi USIM yang rumahnya dirompak pagi semalam
Sekarang ini JPPP pula nak menyambung perjuangan yang katanya penting tapi pentingkan diri bukan pentingkan “MAHASISWA” dahulu pun. MPP ke JPPP??? Tengoklah siapa yang lebih hebat…
Nilai sendiri la kawan-kawan ku semua…