Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Wednesday, 11 July 2012

Ketaksuban dalam sesuatu hal

Assalamualaikum W.B.T dan selamat pagi kepada semua pembaca.

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah, arini ML masih berada di Kg sempena cuti semester. Semalam ML ada menulis berkenaan sahabat mahasiswa ML yang dikatakan memalukan bapa beliau. arini pn ada lagi isu ni berlaku. ini semua berlaku sebab terlalu taksub dgn sesuatu benda tu. cuma kali ni, benda berlaku bukan dikalangan mahasiswa universiti tapi masyarakat luar.

kali ni benda pn sama, taksub kepada parti politik juga. akibat ketaksuban ini kepada salah satu parti politik nasional negara ini, seorang lelaki sanggup menceraikan isteri beliau. apa nak jadi dgn masyarakat kita hari ni sehingga sanggup meruntuhkan institusi kekeluargaan akibat isu kecil begini. berbeza pendapat itu adalah lumrah manusia, tapi jgn la sampai kita hilang pertimbangan.

berita penuh kawan-kawan boleh baca sini .

Nasihat ML pada kawan2 mahasiswa, jangan sampai kita taksub kepada mana-mana parti politik sehingga kita sanggup menggadaikan pergorbanan ibu bapa kita menghantar kita ke universiti ini untuk belajar. walaupun AUKU telah dipinda dan membenarkan kita berpolitik di luar, tapi ingtlah bahawa kita juga mempunyai akal yg membolehkan kita berfikir sebelum bertindak.

Tuesday, 10 July 2012

Perjuangan untuk siapa?!

Assalamualaikum W.B.T.,

Agak lama ML x menulis dan update blog. biasa la,lepas abis exam banyak benda lak nk kena setelkan dgn buku2 dan kitab2 rujukan perlu dikemas dan sebgainya. tapi tidak kisah la, itu dah menjadi lumrah seorang mahasiswa, mengajar kita menjadi lebih matang dgn masalah2 itu.

Alhamdulillah, dgn izin Allah jua dapat ML menulis lagi. Kali ini ML ingin menulis mengenai satu artikel dalam surat khabar arus perdana yg kebetulan ML baca sambil minum2 pagi semalam. ML agak kenal dgn org dimaksudkan dalam artikel tu. ini artikel yg ML maksudkan.


Kesian ayah kawan kita ni. Tidak pasal2 dipalit dgn benda yg memalukan akibat penangan org yg terlalu ghairah berpolitik sehingga semua benda nk dijadikan 'boneka' mereka. Mungkin bagi mereka apa yg penting adalah kemenangan dalam perjuangan mereka yg dirasakan betul. Tidak kisah la apa nk jadi pada org dijadikan 'boneka' tersebut. tambah tidak kisah kpd keluarga mereka.

Apa pun, ML minta dijauhkan daripada memalukan keluarga ML sendiri dan sebab itu segala apa yg ML buat akan difikir baik dan buruknya.

* Apa yg penting?!biarlah kita menjadi anak yg membahagiakan kedua ibu bapa kita dan berbakti kepada mereka selagi mereka dan kita masih ada di atas dunia ini. sama-sama kita muhasabah diri.

Selamat berehat, bercuti dan menyambut Ramadhan kepada kawan2 semua.... :)