Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Friday, 5 October 2012

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT USIM


Assalamualaikum. 

Adalah dimaklumkan permohonan bantuan zakat usim telah di buka sekarang. Bagi mereka yang layak dan berminat, sila muat turun borang permohonan di laman web Bahagian Hal Ehwal Pelajar  disini.


Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 oktober 2012 (rabu) sebelum jam 5.00 petang.

ps: nanti sebarkan kepada kawan kawan yang lain taw :-)

Wednesday, 26 September 2012

KEPUTUSAN PENUH PILIHAN RAYA KAMPUS

 1. UiTM 50/50 menang


 2. UniMAP 31/31 menang


 3. UTHM 25/27 menang


 4. UniSZA 24/24 menang


 5. UTeM 28/28 menang


 6. UKM 10/28 kalah


 7. UPM 39/47 menang


 8. UTM 48/54 menang


 9. UUM 34/36 menang


 10. UNIMAS 13/13 menang


 11. UMS 36/38 menang


 12. UPSI 24/29 menang


 13. USIM 24/24 menang


 14. UMT 18/20 menang


 15. UMP 22/24 menang


 16. UMK 10/14 menang


 17. UPNM 14/14 menang


 18. UM 21/41 (2 re-elect) menang


 19. USM 37/44 (1 re-elect) menang


 20. UIAM (semua 31 re-elect)
  


Sumber : PISAU.NET

Tuesday, 25 September 2012

KEPUTUSAN PRK USIM 2012/2013

Assalamualaikum dan Salam Hormat kepada semua,

Alhamdulillah, PRK USIM 2012 telah tamat secara rasmi pada jam 5 petang (Kampus Nilai) dan 4 petang (Kampus Pandan). Sebanyak 15 buah universiti daripada 20 buah universiti melangsungkan PRK secara serentak pada hari ini, termasuklah Universiti Sains Islam Malaysia. PRK setiap tahun dilihat sebagai satu proses amat penting di kampus2 terutama IPTA dan menjadi fokus nasional. Ini kerana PRK adalah satu proses untuk mencari tampuk pemerintahan yang baru bagi mewakili mahasiswa bersuara di dalam kampus.

Alhamdulillah, PRK di USIM berlangsung dengan aman dan tenang seperti pada tahun2 sebelum ini. Ini menunjukkan mahasiswa USIM adalah pelajar yang sangat mementingkan keamanan dan kedamaian, mereka bertindak professional sebagai seorang yang berintelek, dan admin sangat berbangga dengan pelajar USIM.

Disini admin sertakan peratusan kemenangan bagi calon umum


NO
NAMA CALON
BILANGAN UNDI
1
MOHD SHABRAN SYAHMI TAKHTA
2391
2
MUHAMMAD SAFWAN BIN HAMDY

4294
3
MUHAMMAD NAZMIN MOHD YUSOFF

5748
4
MOHAMAD RAZIF MOHAMAD FUAD

6214
5
SAWARI MAHAMAD

4725
6
MUHAMMAD SUHAIMI RAZALI

4869
7
ADAM FARIZ BIN MOHD ZAINI

5672
8
NADRAHRUL HUDA BINTI MISRAL

6019
9
MOHD SHUKRI ABDUL RAHIM PUI

5360
10
MUHAMAD AMIR HAMZAH JAMAL
3604
11
SHARIFAH NURFATIN SYED JAMAL

3312


peratusan mengundi bagi setiap fakulti



FAKULTI
BIL MENGUNDI
BIL TIDAK MENGUNDI
PERATUSAN MENGUNDI
1
FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH
 1323
 143
 90.25%
2
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG UNDANG
 1021
 237
 81.16%
3
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
 1055
 145
 87.92%
4
FAKULTI EKONOMI MUAMALAT
 1091
 247
 81.54%
5
FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA
 576
 81
 87.67%
6
FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
 991
 275
 78.28%
7
FAKULTI PERGIGIAN
 134
 0
 100%
8
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
 342
 10
 97.16%
 

Manakala peratusan keseluruhan bagi pelajar yang keluar mengundi adalah 85.16 %
 undian keseluruhan adalah 52264
Statistik undi sah bagi kawasan umum adalah  52208
Statistik undi rosak bagi kawasan umum adalah 56
Apa pun admin ucapkan tahniah kepada semua calon yang berjaya : )


Monday, 24 September 2012

EKSLUSIF: SISTEM E-UNDI PRK USIM BERMASALAH?!

Assalamualaikum, Admin mendapat khabar mengenai Sistem e-Undi USIM hari ini yg dikatakan dipertikaikan oleh beberapa pihak mengenai kebolehpercayaan sistem tersebut. Jadi admin cuba mendapatkan maklumat mengenai sistem e-undi ini.


Ok, first mari kita tengok gambar ini yang diambil dari blog usimkini. Sini



Ok, dah lihatkan?
Agak agak apa yang ada difikiran anda sekarang?

Menurut sumber yang dipercayai, hanya orang-orang tertentu sahaja yang dibenarkan memasuki bilik penyelenggaraan sistem e-undi dan tempat2 persiapan sistem tersebut.

Kemusykilan admin : Bagaimana pihak usim kini berjaya memperolehi gambar sulit yang menunjukkan gerak kerja petugas di pusat teknologi maklumat dalam menyelenggara sistem e-undi PRK USIM 2012/2013??? Adakah admin usimkini mempunyai akses ke dalam tempat tersebut atau adminnya adalah dikalangan mereka2 yg melaksanakan dan menyediakan sistem tersebut?? Jika sistem tersebut boleh dimanipulasikan, admin menjangkakan hanya orang2 yg mempunyai akses ke tempat2 seperti itu sahaja dapat memanipulasikan sistem tersebut.

Tambahnya lagi, berkenaan simulasi e-undi yang dijalankan setiap kali menjelang PRK yg dikatakan membolehkan pelajar2 baru mengetahui cara2 pengundian adalah tidak benar. Ini kerana simulasi e-undi dibuat untuk menguji system tersebut untuk memastikan ianya tidak mempunyai sebarang masalah menjelang hari kejadian. Admin turut dimaklumkan bahawa simulasi e-undi pernah dibuat pada bulan Mac yang lalu. Jadi kenapa mesti admin blog tersebut mengatakan pelajar tahun 1 dan 2 tidak pernah mengetahui system tersebut? Dimana maklumat yg diperolehinya yg mengatakan pelajar tahun 1 dan 2 tidak pernah membuat simulasi e-undi tersebut?!

Bagi admin, admin blog tersebut cuba untuk memburuk2kan pihak2 tertentu atau ingin menimbulkan keraguan dan isu dikalangan pelajar USIM ini dengan berniat yg tidak baik (mungkin). Tepuk dada tanya selera dan jangan lupa untuk turun mengundi. ;)

Sunday, 23 September 2012

TERKINI!!!! TATACARA PENGUNDIAN PRK USIM

Assalamualaikum dan salam hormat.

Malam ni admin dapat maklumat Tatatcara Pengundian. So kepada semua pelajar2 USIM, tolong sharekan kepada semua yer :). Mentelaah la video ni malam ni. takde simulasi pn ada video ok jugak kan ;)

Klik: sumber

HANGAT!!!! LAGI GAMBAR KEMPEN PRK USIM

Salam. Ini gambar2 yang admin sempat ambil di kawasan sekitar fakulti fakulti di dalam kampus. Nampak macam dah semakin meriah kampus USIM kita,hehehe....





Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP)




Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP)








 




Fakulti Sains dan Teknologi (FST)











Fakulti Sains dan Teknologi (FST)






Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS)





Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS)
 




Fakulti Syariah dan Undang Undang (FSU)





Fakulti Syariah dan Undang Undang (FSU)

Saturday, 22 September 2012

POSTER PRK USIM MULA DIGANTUNG

Pagi ni admin sempat ke kampus untuk perbincangan bersama kumpulan berkenaan tutorial. Agak terkejut admin melihat kampus mula dipenuhi dengan poster2 PRK untuk mereka2 yang bertanding. Walaupun malam tadi tidak kelihatan poster2 ini, tetapi pagi ini telah kelihatan posternya dan admin menjangkakan bahawa poster2 ini telah ditampal pada waktu malam tadi. Admin dapat merasakan betapa penat mereka2 yang mengantungkan poster2 ini. Apa pun, calon2 dan wakil calon yang bertanding patut mengucapkan terima kasih kepada mereka2 ini atas usaha dan bantuan mereka menaikkan poster2 tersebut.

Ini antara gambar yang admin ambil. Ini pun pakai kamera telefon sahaja, hehe...

                                           siap ada gambar kereta polis (SUKSIS) lagi







Ini gambar yang admin ambil di kawasan Pusat Keusahawanan Siswa (PKP). Admin akan cuba dapatkan gambar di kawasan2 lain selepas perbincangan kumpulan ;)

p/s:jangan kita melabelkan orang malas dan tidak buat kerja jika kita pun tidak membantu dan merasai apa yang mereka rasa. Bercakap lebih mudah berbanding membuat kerja. Peace, no war!!!


Friday, 21 September 2012

TOLONG RAHSIAKAN DARIPADA MAHASISWA


Assalamualaikum.

Sudahkah anda bersedia? Salam hormat kepada semua pembaca budiman...
Pada hari ini,  admin ingin membawa anda menjelajah ke dunia luar daripada USIM. Apa pun sebelum anda bermula, admin berpesan agar anda semua mengosongkan dulu ideologi politik anda, samada disebelah kerajaan atau pembangkang, kerana isu ini lebih penting daripada ideologi kita semua. Okey anda boleh bermula sekarang dengan lafaz Bismillaharrahmannirrahim.

Dunia sedang menghadapi permulaan untuk fasa yang baru, maka bersedialah dengan pelbagai perkara untuk tahun hadapan serta seterusnya, mari tarik nafas dalam dalam dengan hati yang tenang dan fikiran terbuka.

Kegagalan zionis dalam merancang pencetus keganasan besar dunia dirantau timur tengah telah menciptakan sesuatu agenda terbaru menerusi filem "Innocence of Muslims" ternyata membuatkan seluruh umat islam marah, jika anda tanya saya, saya juga marah tapi anda semua kena ingat marah itu mengundang syaitan, maka anda lihat pelbagai cara demo dilakukan oleh orang islam, ganas bukan? merosakkan harta benda dan melibatkan kerugian kepada kerajaan.

Islam itu indah, sabar itu mendekatkan kita kepada Allah, andai kita tenang saat menghadapi provokasi insyaallah kita akan selamat. seperti telah sedia maklum di malaysia tidak terlepas akan berdemo tapi kedua parti politik melayu ini seakan ingin mengambil kredit diatas demo yang akan dilaksanakan. Tak apa biarkan mereka asal kita ikhlas didalam usaha yang dilakukan.

Why Malaysia is main target? serangan terhadap agama islam telah dilancarkan dengan kerap pada akhir akhir ini, siri penerbitan filem telah membuatkan seluruh orang melayu islam marah dan ditambah dengan kata-kata seorang bukan muslim dari parti pembangkang mengatakan "buang masa" apabila ini berlaku andai ada sesuatu yang berlaku terhadap beliau, pasti kesalahan akan terus kepada orang melayu yakni islam dan seterusnya kepada kerajaan. Semenanjung malaysia ialah jantung dunia.

itulah Allah mencipta sesuatu saling berkait, jika Allah menjadikan manusia ada jantung, maka dunia ini disemenanjung adalah jantungnya, jika lihat peta ia letak sebelah kiri, jantung manusia juga sebelah kiri.. nabi pesan tidur mengiring kekanan supaya jantung dapat berehat, lihat disebelah kanan jantung dunia virus telah menyerang kini ia menghampiri sebelah kiri dirantau asia.

Campurtangan pihak kristian makin kelihatan dimana blog helen ang telah sedikit merungkai agenda pembangkang dan pihak kristian didalam mewujudkan suasana anti agama dikalangan rakyat malaysia. jika anda tanya kenapa kristian? jawapnya kristian hari ini adalah topeng zionis didalam agenda sebenar mereka.perlu diambil perhatian apabila siap saja pusat keagaman kristian di bukit jalil, maka misi untuk menawan Malaysia pasti bertambah giat dijalankan dimana ia bakal menjadi tempat pertemuan dan perancangan agen agen asing di malaysia.

Dasar pecah dan perintah dimana orang-orang cina diberi kelebihan untuk menguasai ekonomi telah membuahkan hasil ketika ini. dengan menguasi ekonomi mereka dapat menekan kerajaan sekarang didalam membuat permintaan yang melampau melalui MCA NGO dan dibantu baik oleh DAP, mereka menggunakan kelemahan kerajaan melalui polisi yang dirangka.agenda memusnahkan malaysia untuk menghilangkan agama rasmi, raja serta melayu itu sendiri diliberalkan dan perkara utama ialah republik of malaysia + singapura

Sejarah melayu bergitu panjang dan ada hubungkait ketara dengan kerajaan nabi daud nabi sulaiman, kita jangan tertipu dengan sejarah disekolah yakni paleolitik mesolitik atau bermacam tik tik, sejarah tamadun perlu diukur dari zaman nabi nabi yang diturunkan.sejak terhapusnya peradapan awal ketika era nabi nuh orang orang melayu terus berevolusi dan menerap buadaya luar didalam kehidupan seharian, jika ada membaca sejarah-sejarah lama semenanjung tanah melayu adalah tanah yang dijanjikan, maka tidak hairanlah Nabi Ibrahim mengembara ke timur jauh dan berkahwin dengan salah orang wanita yang dikatakan "keturah" keturah itu bukan namanya tapi panggilan wanita dari asia tenggara. hikayat camelot prester john bukan sekadar hikayat tapi ade klue mengenai melayu namun ia dihilangkan kerana sejarah ditulis oleh mereka yang menang. misi utama zionis adalah berpaksikan sejarah nabi daud dan nabi sulaiman untuk membentuk israel raya atau persekutuan israel.

Berbalik mengenai perancangan zionis di malaysia mereka menyalurkan dana dana melalui NGO dan Parti politik dan paling hangat dikatakan melalui SUARAM oleh media ketika ini. itu baru satu, belum lagi yang lain lain kerana setiap dana disalurkan atas nama hak asasi, pembangunan rakyat dan pelbagai lagi nama. jika kerajaan mengambil tindakkan maka mudah untuk mereka mengadu domba. dana - dibersihkan melalui 1. NGO/Politik 2. Compy 

kemudian dana akan disalurkan semula kepada "mereka"

Sempena perhimpunan yang diadakan mohon pihak berkuasa berhati hati kerana akan cuba diambil kesempatan oleh agen asing untuk mengerohkan suasana.syawal telah berlalu dan kini telah memasuki bulan 9 dan ada 3bulan lagi sedaya upaya zionis untuk cuba menwujudkan kekacauan, saudara semua tidak perlu risau tentang pandangan 2012 cuma ia adalah permulaan untuk sesuatu yang baru. maka bersedialah minda hati kekuatan doa kepada Allah didalam menjalani kehidupan akan datang yang mencabar umat islam diMalaysia

"Akulah Tuhan kamu! Akulah yang sepatutnya ditakuti. Oleh itu janganlah kamu mengambil tuhan selain Aku. Dan barangsiapa yang takut untuk mengambil tuhan yang lain selain daripada Aku, maka layaklah dia mendapat pengampunanKu" (Riwayat Ahmad dan Tirmidzi -Hadis qudsi)

Diharapkan pemimpin islam bertegaslah demi agama Allah, jangan risau jika ujian dikenakan kerana ia bakal menyelamatkan anda disana..

kenangkan nasib saudara di Burma tentang apa yang berlaku, dan berani untuk menolong mereka. senyapkan mulut kafir di Malaysia ini suka mempertikaikan duit bantuan kepada muslimin muslimat disana oleh kerajaan.

lihatlah dan fahami alam ini dengan ketenangan minda dan jiwa insyaallah ada jawapan untuk anda semua.. jika anda bukan islam maka marilah ke agama yang benar dan nyata selagi nyawa dikandung badan insyaallah.

salam hormat

terima kasih

sumber: facebook. 

HANGAT!!! MAJLIS PENGENALAN CALON MPP USIM

Alhamdulillah, Majlis Pengenalan Calon MPP USIM malam tadi berlangsung dengan aman tanpa sebarang insiden. Admin yang turut hadir ke majlis tersebut seawal jam 8 malam. Hasil pemerhatian admin, para penyokong dan calon mula hadir dan memenuhi ruang legar Kolej Kediaman 1 (KK1) seawal jam 8.15 malam dengan membawa button badge dan Clapper untuk memeriahkan majlis tersebut.

Kelihatan juga VIP jemputan mula tiba pada jam 8.30 malam. VIP yang turut hadir adalah Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Muhammad Muda, Naib Canselor USIM, Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (HEPA), Y. Bhg. Prof. Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik&Antarabangsa) dan En. Daim Saian, Pengarah Pembangunan serta beberapa pegawai daripada Fakulti dan HEP.

Majlis bermula pada jam 8.50 malam setelah selesai solat isyak di Surau KK1. Majlis dimulakan oleh Pengacara Majlis iaitu Ustaz Safwan, Guru Bahasa dari Pusat Pengajian Teras. Hanya 29 orang calon sahaja yang telah memperkenalkan diri semasa majlis pengenalan calon ini kerana 2 orang calon dari Fakulti Pergigian tidak dapat hadir atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.

Majlis Pengenalan Calon ini dimulakan oleh calon Mohamed Rashid Bin Ab Razak dari Fakulti Syariah dan undang diikuti oleh Alif Azhan Che Nozid dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Susunan calon2 yang memperkenalkan diri selepas itu adalah

Muhammad Suhaimi Razali - Umum
Sawari Mahamad - Umum
Che HusnirulHuda Hussin - Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Syed Hafizin Jamil Syed Omar Sharifu - Fakulti Sains dan Teknologi
Atiqah Zakaria - Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Muhammad Ali Omar - Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Maisarah Ibrahim - Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Mohd Shabran Syahmi Takhta - Umum
Fatimah Azzahra' Harolizam - Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Nurul Afiah Ab Shukor - Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Mohamad Razif Mohamad Fuad - Umum
Mohd Shukri Abdul RahimPui @ Pui Saw Yu Lee - Umum
Nadhratul Huda Misral - Umum
Mohd Syakir Arifin - Fakulti Syariah dan Undang-undang
Muhamad Amir Hamzah Jamal - Umum
Hanisah Hassan - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Sharifah Nurfatin Syed Jamal - Umum
Mohamd Rafiq Akhmal Samsuri @ Osman - Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Mohamad Fairulnizam Mazilan - Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Muhammad Nazmin Mohd Yusoff - Umum
Mohamad Izzat Bin Mohamad Zafri - Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Muhammad Azizi Bin Alias- FAkulti Sains dan Teknologi
Adam Fariz Bin Mohd Zaini- Umum
Muhammad Safwan Bin Hamdy-Umum
Nur Wajihah binti Atiqullah- Fakulti Sains dan Teknologi
Mohd Zuhdi Bin Zakaria- Fakulti Syariah dan Undang Undang

 
Antara manisfesto yang telah dijanjikan oleh calon2 adalah isu Muet iaitu ingin membantu para pelajar untuk memperkasakan lagi penguasaan Bahasa Inggeris mereka, selain itu mempertingkatkan lagi mutu sukan USIM, menjaga kebajikan pelajar, mewujudkan kemudahan wifi, berusaha menambahbaikkan lagi pengangkutan di USIM dan juga menjadi penghubung antara pelajar dengan pihak pentadbiran USIM.

Setelah kesemua calon selesai memperkenalkan diri dan membuat ucapan, majlis diakhiri dengan ucapan dari Dato Naib Canselor. Dato' Naib Canselor dalam ucapan beliau turut kelihatan gembira dengan kesemua calon2 yang telah mempelawa diri untuk bertanding dan meminta agar semua calon yang bertanding dapat bertanding dengan adil dan saksama. Beliau juga meminta agar calon2 menjaga tatakelakuan serta mengikut tatacara berkempen semasa proses kempen yang akan bermula dari jam 12.00 malam ini sehingga 12.00 malam (Isnin, 24 September 2012).

p/s: bahang pilihan raya semakin terasa, admin dah sabar nak mengundi ni.