Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Thursday, 13 September 2012

TARIKH PRK USIM 2012 TELAH TERJAWAB

Setelah ramai orang dan juga blog2 hangat memperkatakan mengenai Pilihanraya Kampus atau dikenali sebagai PRK. Baru tengahari tadi admin postkan entry berkenaan Notis Semakan Daftar Pemilih Pemilihan MPP USIM 2012 ni admin terpaksa post kan lagi sekali entry berkenaan PRK ini.

Mungkin sebab ramai sgt kot blog2 dan juga laman2 sosial yg suka menghangatkan isu ini lalu admin turut berminat untuk  terus bercakap mengenai PRK ini. Ini antara notis terbaru yang admin sempat tengok n ambil gambar masa admin ada urusan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Sumber

                                                  Notis ini pun dalam dwi bahasa juga.

                                     Notis Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar USIM 2012

                                             sila klik atas gambar untuk lebih jelas

Admin tau mesti ramai juga yang tak dapat tengok sgt gambar yang telah dipostkan ini. So, ini adalah summary apa yang dinyatakan di dalam notis tersebut:

19 dan 20.9.2012 - Pendaftaran Calon 
                  Masa    :9.00 Pagi - 4.00 Petang
                  Tempat :Bilik Mesyuarat Persatuan/Kelab Pelajar, HEP (Kampus Nilai)
                                Bilik Unit Teknologi Makluman, ARas 9 (Kampus Pandan)
21.9.2012              - Penamaan Calon  
                  Masa   :9.00 Pagi - 3.00 Petang
                  Tempat :Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2 , HEP (Kawasan Umum)
                              Bilik Mesyuarat Persatuan/Kelab Pelajar, Aras 1, HEP (Kawasan Fakulti)
 25.9.2012 - Pengundian
                Masa  : 9.00 Pagi - 5.00 Petang (Kampus Nilai)
                              8.00 Pagi - 4.00 Petang (Kampus Pandan) 

So itu je summary yg admin mampu taipkan semula. dan admin pun rasa hanya itu shj yg penting kot. So teka teki bila PRK USIM dah pun terjawab. SAYONARA......









Wednesday, 12 September 2012

NOTIS SEMAKAN DAFTAR PEMILIH PEMILIHAN MPP USIM 2012

Assalamualaikum W.B.T dan selamat Tengahari kepada semua.

Notis makluman semakan daftar pemilih pemilihan MPP USIM 2012 telah dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal pelajar USIM. Kat sini admin post sedikit gambar yang admin ambil di papan notis fakulti masa balik kelas tadi.




yang ada dwi bahasa lagi. kalau ada jugak yang tak paham, memang masalah la. yang ni lagi clear sikit lagi kot.

tapi masa makan kejap tadi sempat juga admin search kat dalam laman e-student, dan seperti dijangka, memang notis makluman semakan daftar pemilih pemilihan MPP 2012 telah diuload ke laman e-student tu.
sumber.

p/s:admin rasa teka teki dah hampir terjawab kot walaupun masih menjadi teka teki tarikh PRK USIM ni, hehehe

DIA MUNCUL KEMBALI MENIMBULKAN PERSOALAN

Satu blog yang telah lama hilang telah kembali semula dihidupkan. Blog ini suatu ketika dulu pernah menimbulkan kontroversi dan spekulasi yang menyebabkan ianya telah ditutup oleh admin portal itu sendiri. Namun sekarang ianya kembali berwajah baru dengan logo dan semangat yang baru untuk menyampaikan berita/maklumat kepada pelajar Kampus USIM dengan telus, berani dan benar.Bukan sekadar blog, portal ini juga mempunyai akaun dalam rangkaian laman sosial yang terkenal iaitu Facebook. klik sini




Tahniah admin ucapan kepada portal berita alternatif itu yang mana admin sendiri pun masih tertanya-tanya siapakah wartawan-wartawan dari portal tersebut. Admin telah melwat blog tersebut dan pandangan admin berkenaan blog tersebut adalah sangat menarik. cuma nasihat admin, jangan terlalu beria-ia menyampaikan sesuatu berita itu sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan warga kampus USIM ini. Belajar dari pengalaman lepas. Setiap berita yang ingin disampaikan biarlah mempunyai sumber yang sahih dan tidak hanya menggunakan nama samaran/tidak ingin dikenali dan sebagainya. Jika sumber tidak tepat, ia akan menjadi fitnah dan menimbulkan lebih banyak perkara buruk berbanding perkara baik.

p/s: Tahniah sekali lagi admin ucapan kepada pengendali blog tersebut. Admin memberi nasihat kepada diri admin sendiri. :)

Penyerahan KADS1M kepada pelajar USIM 14 September 2012

Assalamualaikum W.B.T.

Ramai kwn2 admin dk bertanya bkenaan KADS1M yg mana telah dilancarkan oleh TPM Malaysia, kalau xsilap admin pertengahan tahun ini. Ada yg dk bertanya apa keistimewaan kad ni,dan macamana kad ni berfungsi. So mlm td admin pn buat la sedikit reasearch apa kebenda KADS1M nih.

Ni antara bnde yg admin dapat dari internet pasal benda alah tu.


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
- mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas).
- pengajian sepenuh masa.
- warganegara Malaysia.
Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.

kalau kwn2 nk maklumat lanjut, sila klik sini dan boleh tengok maklumat2 kat dalam tu.

Cuma kat USIM ni admin dgr penyerahan kad secara rasmi akan dilakukan pada 14 September 2012 kat DKU FPQS. itu apa yg admin dgr n dapat dari laman web USIM. sumber

p/s: admin bersyukur dapat kemudahan ni dan akan guna kemudahan yg dah disediakan sebaik mungkin. sape yg xsuka kerajaan n kata kerajaan ni zalim dan sebagainya tu, jgn pula buat muka x malu nk guna kemudahan2 ni semua :p

Monday, 10 September 2012

MUET dan USIM

Alhamdulillah,syukur diucapkan kepada Allah SWT kerana kita masih lg bernafas dan meneruskan kehidupan kita semua hari ini.

Lama ML menyepi dari mengemaskini blog ML ni,biasalah rutin ML tiap kali bulan puasa,membantu ayanda dgn bonda di bazar Ramadhan. Rasanya xtlewat lg kot ML nk ucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir n Batin jika ada tsasul n tlanjur kata spanjang ML menulis ni.

Post Kali ni ML ingin menulis berkenaan MUET. ML mendapat byk pertanyaan n pandangan berkenaan isu ni yg blegar di kalangan mahasiswa USIM. Ramai yg menyatakan rasa kesian kpd bakal graduan tahun ni disbbkan pihak Pengurusan USIM telah menetapkan hanya MUET Band 3 dan ke atas shj yg bakal bergraduat tahun ini. ML turut bersimpati dgn senior2 ML yg msh blum lulus MUET band 3 dan tidak dpt bergraduasi tahun ni. Bg ML,ML ada pandangan ML sendiri. ML setuju dgn kputusan pengurusan USIM tersebut. ML tau, ramai yg tidak bsetuju dgn pandangan ML ini dan akan mengatakan ML seorg yg kaki bodek dan pro universiti. Tp ML ada alasan ML sndiri kenapa ML setuju dgn keputusan ini. MUET

Kalau xsilap ML, tahun ini USIM akan mengeluarkan bakal graduan utk kali ke-10. Dan slama 9 tahun ini,pengurusan USIM telah membenarkan graduan2 yg tidak mdapat MUET Band 3 bergraduasi. sampai bila USIM ingin mengeluarkan graduan yg hanya mampu bergraduat dgn kelulusan khas dari pihak universiti?! sampai bila universiti perlu memberi peluang kepada para pelajar ini?! ML rasa mmg sudah sampai masanya pihak universiti bertegas tentang isu ini. ML sndiri pun ingin melihat kwn2 ML tidak kira senior atau junior ML dapat bergraduat atas hasil usaha sndiri dan bukan dgn mendapat simpati untuk bergraduat. ML sndiri juga masih MUET Band 2 dan masih berusaha untuk mendapat Band 3. ML rasa ini adlah tanggungjawab ML sndiri utk berusaha mndapat MUET Band 3.

Walaupun begitu, jauh di sudut hati ML, ML juga berharap agar pihak universiti dapat melihat semula keperluan dan syarat pengijazahan MUET Band 3 ini. Mungkin pihak universiti boleh memikirkan alternatif selain MUET untuk meningkatkan mutu bahasa inggeris para mahasiswa USIM yang rata-ratanya datang dari sekolah-sekolah agama seluruh negara. Atau mungkin MPP perlu memainkan peranan mereka untuk berbincang dan memberi cadangan yang lebih ideal sebagai wakil pelajar kepada pihak Universiti dan tidak hanya mendengar rintihan pelajar tanpa menyelesaikannya. Mahasiswa lain juga mungkin boleh membantu dengan sumbagan atau idea yang lain untuk mengatasi masalah MUET ini.

ML hanya menyampaikan suara senior2 ML yg banyak meluahkan rasa di dinding-dinding facebook dan sbgnya. ML tidak memihak kepada mana-mana pihak. Ini hanyalah pandangan sahaja. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. :)

PRK MPP jadi perhatian di USIM?!

Assalamualaikum W.B.T. selamat tengahari kepada semua.

Hari ni hari kedua kuliah dan kampus USIM nampak makin meriah. seronok melihat adik-adik yang baru masuk berjalan-jalan dan berlegar-legar di kawasan sekitar kampus. ada yang kepeningan dan bertanya macam-macam dekat senior2. apa pun tahniah diucapkan kepada adik-adik semua. semoga niat adik-adik yang datang untuk belajar tidak berubah seperti segelintir kawan-kawan kami...hehehe...

kami dapat makluman, ada antara kwn2 kami yg asyik membuat spekulasi mcm2 berkenaan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar yang dikatakan bakal diadakan dalam bulan september ni. sian jugak kdg2 kami melihat blog dan status rangkaian sosial kwn2 psl isu ni. nak kata dorg ni ambik tahu psl benda alah ni sbb nk jd calon n nk jg kebajikan mahasiswa2 USIM pn nampak mcm bukan sbb tgk byk isu je yg ditimbulkan. apa2 yg bkaitan dgn MPP dan pilihanraya kampus je msti masing2 nk jd kan isu. x boleh ke kalau bnde tu ikut je mcm org2 lain ramai2? 

nasihat kami kepada semua kwn2 mahasiswa dan adik2 baru kami,jgn banyak memikirkan nak memberi masalah kpd org lain. yang penting bila dah dapat makluman rasmi berkenaan bende2 tu baru la korg berbunyi. jgn berbunyi sebelum sbarang perkara itu disahkan. jagalah dan peliharalah kampus USIM ini yg sedia aman dan damai. jgn korg nk wujudkan provokasi spt mana kwn2 kami di kampus2 IPTA lain di seluruh Malaysia. jgn nk politikkan kampus USIM dgn politik kotor dari luar. tahun lepas semasa PRK MPP pun kami masih ingt,ada cubaan politik luar yg menganggu ketenteraman kampus USIM dgn mengantung replika "mayat" dan digantung di kwsn taman desa anggerik. kami tidak pasti siapa yg menurunkan benda alah tu, tp yg pasti perkara-perkara spt itu rasanya tidak perlu ada di kampus USIM dihatiku ini. tapi kami xtau jika ada dikalangan kwn2 kami yg berpandangan bertentangan dgn kami dan x setuju dgn pandangan kami.

ps:kalau ada yg x setuju tu maksudnya die mmg x suke kampus USIM ni aman damai la,hehehe

Thursday, 6 September 2012

1, 908 PELAJAR BAHARU SARJANA MUDA MENDAFTAR DI USIM


NILAI – Seramai 1,908 pelajar Ijazah Sarjana Muda mendaftar secara rasmi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada hari pendaftaran universiti pada 1 september baru-baru ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 555 orang ialah pelajar lelaki manakala 1,353 orang lagi merupakan  pelajar wanita yang mengikuti pengajian di lapan fakulti pengajian di USIM.

Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda berkata, pendaftaran pada hari Sabtu yang lalu telah berjalan dengan lancar dan pihak universiti merasa amat bangga kerana pada tahun ini universiti sekali lagi berjaya memperbaiki sistem pendaftaran universiti yang hanya mengambil masa selama 6 minit bagi seseorang pelajar.

“Saya juga mendapat maklumbalas yang sangat positif dari para ibu bapa yang mengatakan inilah yang seharusnya dilaksanakan oleh sebuah universiti, apatah lagi bagi sebuah universiti Islam yang mana kita seharusnya mementingkan kecekapan dan keberkesanan di dalam apa juga kerja yang kita laksanankan terutamanya di dalam sistem pentadbiran”

“Pada tahun ini juga USIM turut menerima bilangan pelajar teramai iaitu seramai 1,908 orang iaitu mencatat nisbah pendaftaran sebanyak 84.8% dan merupakan nisbah penerimaan yang paling tinggi sejak penubuhannya” beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan pada Majlis Bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti sempena Hari Taaruf Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2012/2013 USIM di Stadium Tertutup Nilai, semalam.

Beliau turut menambah, pertambahan bilangan pelajar ini membuktikan kepercayaan ibu-bapa dan juga para pelajar terhadap sistem pendidikan USIM.

Sejarah turut terukir pada sesi pendaftaran kali ini apabila USIM menerima pelajar sulung seramai 28 orang bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan kepujian.