Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Semoga Negara Malaysiaku Terus Aman

Friday 21 September 2012

HANGAT!!! MAJLIS PENGENALAN CALON MPP USIM

Alhamdulillah, Majlis Pengenalan Calon MPP USIM malam tadi berlangsung dengan aman tanpa sebarang insiden. Admin yang turut hadir ke majlis tersebut seawal jam 8 malam. Hasil pemerhatian admin, para penyokong dan calon mula hadir dan memenuhi ruang legar Kolej Kediaman 1 (KK1) seawal jam 8.15 malam dengan membawa button badge dan Clapper untuk memeriahkan majlis tersebut.

Kelihatan juga VIP jemputan mula tiba pada jam 8.30 malam. VIP yang turut hadir adalah Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Muhammad Muda, Naib Canselor USIM, Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (HEPA), Y. Bhg. Prof. Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik&Antarabangsa) dan En. Daim Saian, Pengarah Pembangunan serta beberapa pegawai daripada Fakulti dan HEP.

Majlis bermula pada jam 8.50 malam setelah selesai solat isyak di Surau KK1. Majlis dimulakan oleh Pengacara Majlis iaitu Ustaz Safwan, Guru Bahasa dari Pusat Pengajian Teras. Hanya 29 orang calon sahaja yang telah memperkenalkan diri semasa majlis pengenalan calon ini kerana 2 orang calon dari Fakulti Pergigian tidak dapat hadir atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.

Majlis Pengenalan Calon ini dimulakan oleh calon Mohamed Rashid Bin Ab Razak dari Fakulti Syariah dan undang diikuti oleh Alif Azhan Che Nozid dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Susunan calon2 yang memperkenalkan diri selepas itu adalah

Muhammad Suhaimi Razali - Umum
Sawari Mahamad - Umum
Che HusnirulHuda Hussin - Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Syed Hafizin Jamil Syed Omar Sharifu - Fakulti Sains dan Teknologi
Atiqah Zakaria - Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Muhammad Ali Omar - Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Maisarah Ibrahim - Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Mohd Shabran Syahmi Takhta - Umum
Fatimah Azzahra' Harolizam - Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Nurul Afiah Ab Shukor - Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Mohamad Razif Mohamad Fuad - Umum
Mohd Shukri Abdul RahimPui @ Pui Saw Yu Lee - Umum
Nadhratul Huda Misral - Umum
Mohd Syakir Arifin - Fakulti Syariah dan Undang-undang
Muhamad Amir Hamzah Jamal - Umum
Hanisah Hassan - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Sharifah Nurfatin Syed Jamal - Umum
Mohamd Rafiq Akhmal Samsuri @ Osman - Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Mohamad Fairulnizam Mazilan - Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Muhammad Nazmin Mohd Yusoff - Umum
Mohamad Izzat Bin Mohamad Zafri - Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Muhammad Azizi Bin Alias- FAkulti Sains dan Teknologi
Adam Fariz Bin Mohd Zaini- Umum
Muhammad Safwan Bin Hamdy-Umum
Nur Wajihah binti Atiqullah- Fakulti Sains dan Teknologi
Mohd Zuhdi Bin Zakaria- Fakulti Syariah dan Undang Undang

 
Antara manisfesto yang telah dijanjikan oleh calon2 adalah isu Muet iaitu ingin membantu para pelajar untuk memperkasakan lagi penguasaan Bahasa Inggeris mereka, selain itu mempertingkatkan lagi mutu sukan USIM, menjaga kebajikan pelajar, mewujudkan kemudahan wifi, berusaha menambahbaikkan lagi pengangkutan di USIM dan juga menjadi penghubung antara pelajar dengan pihak pentadbiran USIM.

Setelah kesemua calon selesai memperkenalkan diri dan membuat ucapan, majlis diakhiri dengan ucapan dari Dato Naib Canselor. Dato' Naib Canselor dalam ucapan beliau turut kelihatan gembira dengan kesemua calon2 yang telah mempelawa diri untuk bertanding dan meminta agar semua calon yang bertanding dapat bertanding dengan adil dan saksama. Beliau juga meminta agar calon2 menjaga tatakelakuan serta mengikut tatacara berkempen semasa proses kempen yang akan bermula dari jam 12.00 malam ini sehingga 12.00 malam (Isnin, 24 September 2012).

p/s: bahang pilihan raya semakin terasa, admin dah sabar nak mengundi ni.

1 comment:

  1. Tahniah blogger Usimdihatiku... penulis anda sangat menarik. Semoga kita dapat bekerjasama bagi membasmi keruntuhan mahasiswa kini yang terlalu banyak leka dengan agenda2 pembangkang hingga lupa pd pelajaran...

    ReplyDelete